Mahathir Tidak Jujur Kepada Rakyat dan Raja-Raja Melayu – TMJ

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyerang institusi diraja tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara yang telah dicipta sendiri oleh beliau termasuk isu perpecahan dan asimilasi kaum.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, tindakan tidak menunaikan janji juga merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

Titah Tunku Ismail, baginda dididik dari kecil lagi untuk sentiasa menghormati semua agama dan juga rakyat berbilang kaum.

“Saya dan keluarga saya juga telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, serta akan terus membantu kebajikan semua kaum.

“Tetapi saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan agama Islam. Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD.

“Berkenan isu Statut Rom dan ICERD ini, Tun Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja, tetapi Tun juga tidak jujur sepenuhnya kepada rakyat Malaysia.

“Perkara yang dibuat secara tergesa-gesa pada ketika itu akan menggugat kesejahteraan rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu,” titah baginda.

Tunku Ismail bagaimanapun menzahirkan rasa berbesar hati kepada Dr. Mahathir kerana turut menyatakan mengenai baginda dalam buku terkini beliau berjudul ‘Capturing Hope’.

Baginda turut mendoakan Dr. Mahathir agar sentiasa panjang umur dan semua kaum di negara ini sentiasa menghormati antara satu sama lain dan berpegang teguh kepada Perlembagaan.

“I will see you soon, Tun,” titah Tunku Ismail diakhir kenyataan baginda. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat