DNB lalui proses tender terbuka, bukan skandal seperti 1MDB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Digital Nasional Berhad (DNB) yang sedang membangunkan projek 5G bukan satu lagi skandal besar negara seperti didakwa pembangkang,” tegas Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa.

Sebaliknya beliau memberitahu proses tender DNB dibuat secara terbuka sedangkan 1MDB bukan secara tender terbuka.

“Kita nak buat ketegasan dekat sini, DNB dan 1MDB adalah perkara berbeza, pertama dari segi proses tender. Proses tender DNB telah distruktur oleh firma perkhidmatan profesional bebas dan mengikut piawaian.

“Tetapi Goldman Sachs (1MDB) itu dia bukan ‘open’ tender. Ini (DNB) tender terbuka. Ini perbezaan besar,” katanya di Dewan Rakyat selepas diasak oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi jawapan yang jelas mengenai DNB akan menjadi seperti skandal 1MDB.

Yamani memberitahu, terdapat empat panel daripada 50 pakar tempatan dan antarabangsa dari 10 negara yang mempunyai rangkaian 5G itu.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa proses tender untuk mengupah Ericsson bermula dengan penilaian awal ke atas 14 pembekal peralatan rangkaian (DEB).

Katanya, daripada jumlah itu, lapan syarikat telah disenarai pendek dan dijemput untuk membida rangkaian tersebut.

“Kriteria yang akan dipilih termasuk prestasi syarikat untuk melaksanakan 5G dan menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian teknologi, ia juga termasuk ciri keselamatan untuk melindungi pengguna.

“Syarikat itu juga perlu mempunyai kehadiran tempatan dan rancangan yang berkesan untuk berkongsi pengalaman dengan syarikat tempatan.

“Daripada lapan hanya empat yang disenarai pendek,” kata Yamani, sambil menambah bahawa selepas penilaian ketat Ericsson memperoleh mata tertinggi.

Beliau juga berkata rangkaian 5G dianggarkan menelan belanja sebanyak RM12.5 bilion.

Sementara itu, Anwar berkata kementerian perlu memberikan “jawapan yang pasti” untuk mengelak ia menjadi satu lagi skandal seperti 1MDB selain mempersoalkan mengapa Kementerian Kewangan takut untuk dedahkan maklumat kos sebenar 5G.

“Proses penilaian dan tender mesti diikuti. Saya tidak percaya kosnya adalah RM12.5 bilion. Tidak kira sama ada Ericsson atau Huawei.

“Bagaimana mungkin dalam keadaan sekarang, satu projek mega yang mencecah hampir RM20 bilion diluluskan. (Nak tahu) Siapa dapat kontrak, anak siapa dapat, menantu siapa dapat.

“Kalau tak belajar dari (kesilapan) 1MDB, kita tak akan belajar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat