Puad cadang UMNO Perak pelopori kerjasama dengan DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “ Apa salahnya kerajaan perpaduan bermula di Perak,” cadang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Tegas beliau, UMNO perlu berani mempeloporinya demi kelangsungan rakyat dan tidak perlu berasa takut.

Justeru UMNO Perak wajar diberi peluang bentuk kerajaan perpaduan tanpa perlu gabungan parti politik yang rigid. Ia pembuka jalan.

“Slogan “No Anwar No DAP” digunakan oleh beberapa pemimpin yang berjawatan. Mereka tidak mahu kerajaan PN tumbang. Apakah mereka ini nasionalis dan agamawan tulen? Biar ahli dan rakyat menilai sama ada mereka hipokrit atau tulin.

“Maaf, kalau kritikan ini keras dan pedas. Tetapi saya tidak mohu menoleh ke belakang. Saya tidak apologatik dan takut dikecam.

“Nak marah marahlah. Saya yakin masih ramai yang bersetuju dengan saya tetapi mereka simpan di dalam hati,” katanya.

Puad menambah, pemimpin Bersatu tumpang semangkuk guna slogan “No Anwar No DAP” untuk serang UMNO malah sejujurnya mereka takut dan rasa terancam jika wujud kerjasama itu.

“Benar, No Anwar No DAP adalah keputusan MKT UMNO. Tan Sri Annuar Musa guna slogan ini untuk pertahan Perikatan Nasional (MN). Sebagai ahli MKT, saya pula tidak mahu UMNO terlalu rigid.

“Ia bukan soal membentuk satu gabungan baru. Ini hanya kerjasama politik. Seperti Pakatan Harapan (PH) sokong usul UMNO di Perak. Tidak salah. UMNO pun bukan ahli Perikatan Nasional (PN). Muafakat Nasional (MN) juga belum daftar.

“Kita harus terbuka dengan kerjasama politik. DAP dan PKR pernah sokong usul tergempar UMNO dalam Parlimen bila membantah serangan Israel di Palestin,” jelas beliau.
Bagaimanapun, Puad tidak nafi ada akar umbi UMNO yang keliru.

Tetapi katanya, mereka juga keliru bila ada pemimpin UMNO yang berunding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohammed Azmin Ali tanpa pengetahuan MKT.

“Dulu, siapa terfikir PAS bergabung dengan DAP. Siapa terfikir Muslimat PAS julang bendera Roket semasa PRU dan PRK.

“Siapa terfikir Mahathir dan Muhyiddin bergabung dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO?

“Wajarkah mereka dianggap pengkhianat kepada orang Melayu dan Islam kerana menjatuhkan kerajaan Melayu dengan bantuan Anwar dan DAP? Soalnya.
Sebab itu ujarnya slogan no Anwar no DAP tidak semestinya relevan sepanjang masa.

“Senario berubah, orang berubah. Pemikiran politik lagi cepat berubah.

“Lim Chong Eu dipecat daripada MCA kerana terlalu cauvinis. Tetapi bila dia membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang bersama BN, dia dilihat sebagai tokoh moderate,” jelasnya.

Justeru kata Puad lagi, UMNO luas pengalaman berpuloh tahun mentadbir negara dengan suhu perkauman yang sentiasa tinggi.

“Rusuhan kaum 1969 adalah pengajaran terbaik. Tetapi dengan formula BN 1974, peristiwa itu tidak berulang walaupun sentiasa panas. Bahkan MCA dan MIC ada kalanya lebih keras membangkitkan isu kaum.

“Maka apakah dengan pengalaman itu tiba tiba UMNO rasa takut dan lekeh untuk urus kerjasama dengan sesiapa hatta DAP. Yang penting kemampuan, kebijaksanaan, ketegasan, konsensus dan kejujuran politik,” syor beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,454FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat