YouTuber disyaki mencabul dibebaskan dengan jaminan polis

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seorang YouTuber yang ditahan reman Khamis lalu dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Lelaki berusia 22 tahun itu sebelum ini direman tiga hari sebelum dibebaskan, namun siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ya, lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Pihak polis masih teruskan lagi siasatan yang belum lengkap,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang YouTuber ditahan polis dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian di Kubang Kerian awal Ogos lalu.

Lelaki berkenaan ditahan selepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 10 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata kejadian itu dipercayai berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama Youtube awal Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini.

“Kejadian berlaku pada pagi 1 Ogos lalu membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun yang juga pelakon dalam drama terbabit,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat