Presiden PAS tiba di Istana Kinta

- Advertisement -

IPOH: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba memasuki perkarangan Istana Kinta bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Abdul Hadi tiba dengan menaiki kenderaan jenis Mercedes warna kelabu pada jam 10.50 pagi.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan menghantar surat kepada Istana Perak, Khamis lalu bagi menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan baginda mengenai ‘situasi politik membabitkan PAS.’

Selasa lalu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria diarahkan untuk tidak menghadap Sultan Perak di Istana Kinta.

Razman sepatutnya menghadap Sultan Perak pada jam 3 petang, selepas dipanggil bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti lain susulan krisis politik di negeri itu.

Berikutan itu, Jumaat lalu, Razman membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Sultan Perak kerana tidak menghadap baginda seperti dititahkan itu.

Beliau menzahirkan kekesalannya melalui satu sidang media khas. Yang turut hadir, ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

PAS Perak turut menghantar surat permohonan maaf kepada Sultan Perak selepas sidang media itu.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat