Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim secara rasmi bermula hari ini

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Upacara sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bermula secara rasmi hari ini dengan berlangsungnya Istiadat Letak Kerja di Istana Besar, di sini hari ini.

Menurut satu hantaran menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim, istiadat berkenaan disempurnakan dengan menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor pada 9 pagi tadi.

Istiadat bermula dengan perarakan membawa masuk bendera ke Tugu Peringatan, Istana Besar oleh 10 anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor, disusuli upacara mengikat bendera.

“Upacara menaikkan bendera didahului dengan bacaan doa oleh Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad diikuti satu pengisytiharan istiadat oleh Datuk Penghulu Istiadat Datuk Ismail Karim.

“Dalam pengisytiharan itu, Ismail memaklumkan bendera akan berkibar sepanjang sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor,” menurut hantaran itu.

Istiadat turut diiringi pasukan pancaragam dan pelepasan tujuh das tembakan meriam oleh pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat).

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Yang DiPertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli serta barisan kepemimpinan kerajaan Johor dan ketua-ketua jabatan.

Kali terakhir Istiadat Letak Kerja diadakan adalah pada Mac 2019. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat