KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik berkuatkuasa 14 Oktober 2024.
“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik berkuatkuasa 14 Oktober 2024 bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Rahman.
“Beliau yang ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri.
“Beliau juga akan ditugaskan untuk menambahbaik pelaksanaan kempen Malaysia Madani,” kata kenyataan PMO itu pada Selasa.
Mohammed Shazalli memegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada St. Louis University, Missouri, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Sains (Pemasaran) daripada Indiana University Bloomington, AS.