Malaysia tak berganjak pertahan kedaulatan Laut China Selatan, tak tutup ruang perbincangan – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan berganjak daripada tuntutan dan pendirian mempertahankan kedaulatan Laut China Selatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tegas mempertahankan kebebasan Laut China Selatan mengikut Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.

Beliau bagaimanapun berkata, Malaysia tidak pernah menutup ruang perbincangan dengan mana-mana negara berhubung perkara itu.

“Pendekatan sentralisasi ASEAN melalui rundingan dan dialog tetapi Malaysia tidak berganjak daripada tuntutan dan pendirian kita tentang kawasan milik Malaysia.

“Sebab itu penerusan cari gali oleh Petronas termasuk kawasan Kasawari diteruskan walaupun dibangkitkan oleh negara China, kita kata kita teruskan tetapi tidak pernah menutup ruang untuk berbincang dengan mana-mana negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai strategi Malaysia untuk memanfaatkan saluran diplomasi sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam menyelesaikan isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat