Teman Anak Bersalin: Passport Rosmah Dipulang Mahkamah Dengan Syarat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau ke Singapura dengan syarat pasport perlu dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memberitahu bahawa pemohon hanya boleh keluar Singapura dari 22 Oktober dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021.

“Mahkamah membenarkan permohonan pemohon dan pasport dipulangkan pada 15 Oktober (hari ini),” katanya.

Dalam permohonan difailkan sebelum ini, isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak itu berkata beliau mahu menemani anaknya Nooryana Najwa yang bakal melahirkan anak kedua di Singapura.

Untuk rekod, Rosmah menghadapi tuduhan rasuah berkait projek panel solar sekolah di Sarawak, diminta menyerahkan pasport sebagai syarat jaminan selepas beliau didakwa di mahkamah pada 2019.

Perbicaraan di hadapan Mohamed Zaini bersambung 21 Oktober ini dengan pihak pendakwaan akan menyoal balas Rosmah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat