Pengembara asing lengkap vaksin mungkin dikurangkan tempoh kuarantin – MPN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan pembukaan sempadan negara kepada warga asing yang sudah lengkap vaksinasi dari negara-negara tertentu tanpa perlu menjalani atau mengurangkan kuarantin wajib sebaik tiba di negara ini.

Cadangan berkenaan dijangka dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendekatan itu sebagai mana yang dilaksanakan beberapa negara bagi proses pemulihan dan merancakkan kembali ekonomi pelbagai sektor di negara ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Pemulihan Negara ke-4 2021 di ibu negara pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, MPN juga menubuhkan pasukan petugas khas bagi memperhalusi isu pembiayaan, tenaga kerja serta keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurut beliau, pasukan itu akan menjalankan kajian terperinci mengenai langkah penyelesaian jangka pendek dan panjang yang boleh diambil bagi membantu PKS.

Beliau berkata, ini kerana PKS yang memerlukan bantuan itu, khususnya yang terkesan akibat pandemik COVID-19, membabitkan pelbagai sektor dan industri.

“Pasukan khas ini diberi masa sebulan untuk membentangkan kajian terperinci dan syor kepada MPN bagi pertimbangan seterusnya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat