Selamat bersidang, patuhi SOP – PM seru akar umbi bersatu pertahan UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu persidangan cawangan parti itu merupakan medan yang tepat bagi ahli di peringkat akar umbi membincangkan agenda memperkukuh organisasi berkenaan.

Oleh itu, Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri mengajak akar umbi UMNO untuk membulatkan tekad supaya parti Melayu itu sentiasa dipelihara dengan semangat menjunjung kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

“Selamat bersidang saya ucapkan kepada semua ahli UMNO cawangan-cawangan di seluruh negara!

“Amalkan norma baru dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) demi memastikan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kita,” kata Ismail Sabri dalam hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Persidangan UMNO cawangan berlangsung mulai hari ini sehingga 30 Nov sebelum disusuli mesyuarat wanita, pemuda dan puteri bahagian pada 11 dan 12 Disember diikuti mesyuarat UMNO bahagian pada 18 Disember.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 pula dijadual diadakan selama tiga hari bermula 13 Januari tahun hadapan.

Perhimpunan Agung UMNO kali ini dalam sejarah apabila perdana menteri dari Umno tidak memegang jawatan presiden parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat