PRN Melaka: UMNO Belum Putuskan Kerjasama Politik

- Advertisement -

MELAKA – Jika SPR menentukan pilihan raya boleh diadakan dan tarikh sudah diumumkan, UMNO akan membuat keputusan mengenai kerjasama dengan PN.

Demikian jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang.

“Kita membincangkan semua perkara pada mesyuarat MKT, malam tadi, namun belum membuat keputusan (mengenai kerjasama dengan PN).

“Tiada keperluan mendesak untuk membuat keputusan itu, dan kita juga tidak boleh mendahului SPR yang akan menentukan sama ada PRN boleh diadakan atau sebaliknya.

“Kita juga mendapatkan maklum balas dan pandangan sebelum membuat keputusan,” katanya semasa sidang media selepas melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat