PAS junjung kasih kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS merafakkan setinggi-tinggi junjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan dan langkah berhikmah baginda menyelesaikan sebarang kemelut termasuklah politik, sehingga membawa kepada ketenangan, keharmonian dan kestabilan dalam negara.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata PAS yakin Baginda sudah bertindak berdasarkan segala kuasa prerogatif dan budi bicara.

Katanya, tindakan itu selaras peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara atas konsep Raja Berperlembagaan (constitutional monarchy).

“Justeru PAS menyeru parti politik yang diberikan amanah untuk membentuk kerajaan baginda yang kini dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, diberikan sokongan padu tanpa diganggu gugat bagi membolehkan kerajaan ini berfungsi dengan baik dan efektif.

“Jemaah Kabinet yang dianggotai parti-parti daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) GPS, PAS dan GRS, mestilah bertindak secara kolektif dan bertanggung jawab.

“Keutamaan kita adalah fokus kepada kesejahteraan rakyat, terutama di era sukar di mana semua pihak berusaha bertungkus lumus menangani penularan semula pandemik COVID-19 serta langkah memulihkan ekonomi negara yang teruk terjejas,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dititah supaya akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam proses mengambil alih kepemimpinan negara.

Titah itu dibuat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah, ketika menerima menghadap Presiden PKR terbabit di Istana Negara, pagi kelmarin.

Istana Negara dalam kenyataannya, susulan pertemuan itu, menyatakan yang Anwar sekadar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan itu.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat