Magnitud daya nyahpecutan dan kebakaran punca pesawat Elmina tak dapat diselamatkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laporan awal nahas pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 di Elmina, bulan lalu yang dikeluarkan hari ini menyatakan kemalangan itu tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan dan kebakaran selepas kemalangan berlaku.

Laporan awal itu juga menyebut, tiada bukti ketidakupayaan atau faktor fisiologi yang menjejaskan prestasi kru penerbangan.

Menurut laporan itu lagi, pesawat berkenaan mempunyai Sijil Kelayakan Udara yang sah dan telah dikekalkan dengan mematuhi peraturan.

Selain itu, insiden berlaku pada waktu siang dengan penglihatan yang jelas dan sesuai seperti yang dilaporkan dalam keadaan meteorologi atau kaji cuaca.

“PIC (person in command) telah dilesenkan dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada,” kata laporan itu yang dimuat naik pada Jumaat.

Pada 17 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan insiden pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Selangor dan mengorbankan 10 individu termasuk pemandu kereta dan penunggang motosikal

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara individu disahkan maut di samping dua juruterbang dan enam penumpang dalam kejadian itu yang berlaku pada pukul 2.48 petang.

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat