Dr Mahathir penasihat tak rasmi empat negeri PN – Ahmad Samsuri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dalam proses membentuk satu kumpulan negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘penasihatnya tidak rasminya.’

Memetik portal Free Malaysia Today Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, empat negeri berkenaan akan mengadakan perbincangan untuk pembentukan kumpulan itu.

Katanya, empat menteri besar berkenaan secara prinsipnya bersetuju untuk mewujudkan kerjasama dan beliau sendiri sudah mengarahkan ahli Exco berkaitan untuk berbincang dengan rakan mereka di tiga negeri lain di bawah PN.

Menurut beliau, Dr Mahathir akan memainkan peranan secara tidak rasmi dalam menasihatkan kumpulan empat negeri berkenaan.

“Secara spesifiknya, beliau (Dr Mahathir) memberikan nasihat mengenai tatakelola berkesan untuk memastikan kumpulan itu diuruskan dengan efektif.

“Peranan Dr Mahathir juga untuk menghubungkan empat negeri berkenaan dengan pelabur seperti negara Jepun dan Korea Selatan yang beliau ada hubungan yang baik,” katanya yang juga Naib Presiden PAS dipetik portal berkenaan.

Ahmad Samsuri sebelum ini mengumumkan bahawa semua empat negeri bawah PN bersetuju menubuhkan satu ‘kumpulan empat negeri’ berkenaan.

Usaha itu adalah untuk fokus kepada pembangunan ekonomi masing-masing dan memelihara kebajikan rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat