Kita akan isi kekosongan jawatan menteri KPDN – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — “Kalau ada cadangan, sila isi surat kepada saya secepat mungkin,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Selain itu beliau turut ditanya mengenai adakah kerusi tersebut akan diisi oleh Suhaizan Kayat yang memenangi kerusi Parlimen Pulai baru-baru ini, Anwar dengan ringkas berkata, “Kena Tulis surat kepada saya”.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Nasyrul Quran, Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini pelantikan menteri KPDN yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub telah diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.

Salahuddin yang juga bekas ahli parimen Pulai dilaporkan meninggal dunia 23 Julai lalu akibat pendarahan otak ketika menjalani pembedahan di di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat