Kerajaan hantar tiga kontena al-Quran, usaha tangani Islamofobia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Usaha wakaf sejuta al- Quran menghadirkan suatu isyarat yang jelas bahawa keganasan tidak dapat dihapuskan dengan keganasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat menggunakan pendekatan berhikmah bagi menangani gejala Islamofobia ketimbang pendekatan reaksionari (bertindak balas) yang berdasarkan emosional.

“Alhamdulillah, hari ini saya dapat bersama meluncurkan Majlis Penghantaran tiga kontena – Wakaf Sejuta Quran di Nasyrul Quran, Putrajaya dengan kerjasama Yayasan Restu dan Nasyrul Quran.

“Penghantaran kali ini melibatkan 30 ribu naskhah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris diiringi dengan terjemahan bahasa Cina, ketiga buah negara iaitu Australia, Kanada dan United Kingdom,” katanya pada Jumaat.

Jelas beliau, usaha Kerajaan Perpaduan menyokong inisiatif ini adalah konsisten dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan al-Quran khususnya mengungkap semangat Madani yang menjunjung nilai dan akhlak bertunjangkan agama.

“Dua fasa disasarkan antara 2023-2025 bagi tugas melengkapkan cetakan sejuta naskhah terjemahan al-Quran pelbagai bahasa. 15 bahasa disasarkan bagi fasa pertama, dan 15 lagi untuk fasa kedua.

“Saya juga berkesempatan solat Jumaat di Nasyrul Quran, Putrajaya yang diimamkan oleh Fadilatush Shaykh al-‘Allamah al-Muhaddith Dr. Mustafa al-Nadawi, ulama dari Mesir dan mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Mejar Jeneral (B) Datuk Nawawi bin Daud, mantan Ketua Pengarah Kor Agama Tentera Darat (KAGAT).

“Usai solat, saya menyantuni jemaah dan warga Nasyrul Quran, sambil diajak bergambar dan bersalaman sebelum pulang ke pejabat untuk tugasan seterusnya.
Moga kita semua beroleh keberkatan di hari Jumaat ini, penghulu segala hari, Insya-Allah,” ujar Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat