Kerajaan akan gubal RUU Perolehan Kerajaan elak ketirisan hasil negara -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan bakal menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan bagi menangani ketirisan hasil negara.

Perdana Menteri, kerajaan memandang serius isu ketirisan hasil negara terutamanya melibatkan perolehan kerajaan.

Hal demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) di Parlimen semalam bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan bagi memperkasa tata kelola perolehan kerajaan secara perundangan bertujuan meningkatkan kebertanggungjawaban pihak yang terlibat dalam perolehan kerajaan.

“Mesyuarat juga bersetuju supaya prinsip ketelusan diambil kira dalam RUU Perolehan Kerajaan yang bakal digubal dengan mewujudkan mekanisme aduan dan bantahan selaras dengan piawaian antarabangsa,” kata Anwar dalam kenyataan malam tadi.

Jelas beliau, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) yang sebelum ini dikenali sebagai Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) yang bersidang semalam telah membincangkan komitmen negara untuk terus memperkasa tata kelola dalam sistem pentadbiran kerajaan.

Menurut Anwar, perbincangan tertumpu kepada usaha untuk meningkatkan kemampanan tata kelola, khususnya melalui dua anjakan utama iaitu tata kelola rangka kerja institusi dan perundangan berkaitan rasuah.

“Komitmen ini selari dengan iltizam kerajaan untuk memperkukuhkan tata kelola sepertimana yang dibentangkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) pada 11 September 2023 lalu.

“Mesyuarat secara prinsip bersetuju dengan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dengan mewujudkan parameter serta garis panduan jelas bagi memberi akses kepada orang awam untuk mendapatkan maklumat daripada badan awam dan kerajaan.

“Selaras dengan keputusan tersebut, Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] juga akan dipinda sewajarnya. Langkah ini diambil bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam dapat dipertingkat dan menggalakkan penglibatan rakyat dalam proses pembentukan dasar negara,” ujarnya.

Tambah Anwar, mesyuarat juga mengambil maklum tentang 18 resolusi hasil daripada dua sesi Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dan 2023 yang mengemukakan syor-syor penambahbaikan daripada sudut perundangan dan dasar berkaitan tata kelola, integriti serta antirasuah.

“Resolusi ini akan diteliti untuk dijadikan input dalam pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) yang baharu.

“Bagi memastikan anak syarikat yang ditubuhkan di bawah Badan Berkanun ditadbir dengan lebih profesional berlandaskan prinsip-prinsip tata kelola baik, aspek pengawasan perlu diberi perhatian. Mesyuarat bersetuju supaya rangka kerja perundangan sedia ada dan baharu diteliti ke arah pengamalan tata kelola baik dalam kalangan entiti yang mempunyai kepentingan kerajaan.

“Kerajaan akan terus melaksanakan usaha-usaha pemerkasaan tata kelola baik bagi menyokong pembangunan negara selaras hasrat untuk membangunkan Malaysia Madani,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat