Agong zahir ucapan tahniah kepada Presiden Singapura ke-9

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tharman Shanmugaratnam yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura kesembilan semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Singapura terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran untuk kedua-dua negara dan rakyatnya.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar Malaysia dan Singapura, sebagai dua negara berjiran yang mempunyai hubungan sejarah dan rakyat mendalam, terus bekerjasama meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang demi kepentingan bersama,” menurut hantaran itu.

Tharman memenangi pilihan raya Presiden dengan memperoleh 70.40 peratus iaitu kira-kira 2.5 juta undi pada 1 Sept.

Dalam ucapan sulungnya sebagai ketua negara semalam, Tharman berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk mewakili Singapura dan mempromosikan kepentingan negara itu di luar negara selaras dengan objektif dan keutamaan kerajaan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat