Hentikan Pergeseran, Masa Bekerjasama – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Perang psikologi yang tercetus dalam kerjasama Barisan Nasional (BN) – Perikatan Nasional(PN) dan PBS adalah normal namun, pada akhirnya semua parti terpaksa puas hati dalam keadaan tidak puas hati.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adalah menjadi kelaziman berlakunya situasi tegang dalam mana-mana gabungan parti untuk menghadapi pilihan raya, terutamanya sewaktu rundingan pembahagian kerusi.

“Sebenarnya tak ada ketegangan, memang biasa bila kita mempunyai beberapa parti yang bergabung ataupun yang menjalinkan kerjasama membuat ‘pack’ (gabungan) untuk menghadapi pilihan raya, rundingan pembahagian kerusi itu akan selalunya agak ‘tense’ kerana masing masing nak supaya parti masing-masing mendapat kerusi yang lebih.

“Jadi pengakhir ceritanya ialah kita melihat supaya setiap parti ini dibahagikan kerusi mengikut saiz dan kemampuan masing-masing,” katanya ketika ditemui SuaraTV di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO mengakui perang psikologi yang timbul apabila ada parti dalam kerjasama politik ini tidak berpuas hati tentang agihan kerusi apabila menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 12 September baru-baru ini.

“Tidak timbul pergeseran, biasalah cakap-cakap orang bawah ataupun orang di atas bercakap tetapi ini semua merupakan perang psikologi.

“Tetapi akhirnya selepas pembahagian kerusi ini dibuat, parti-parti nampaknya puas hati dalam keadaan tidak puas hati.

“UMNO tak puas hati juga kerana mengapa UMNO cuma dapat 31 kerusi… Kita nak kalau boleh 70 lebih, 50 lebih kerusi. Begitu juga Bersatu dengan parti-parti lain.

“Namun, kita harus bersetuju pada satu titik persamaan yang mana kita semua setuju jadi, sekarang ini bukan lagi persoalkan berapa banyak kerusi kita dapat tapi setiap parti mesti bekerja kuat untuk berapa banyak kerusi kita boleh sumbangkan untuk penubuhan kerajaan pula selepas 26 September nanti, Insyallah,” ujar Mohamad.

Sehari sebelum penamaan calon PRN Sabah tercetus sedikit ketegangan antara parti-parti dalam Gagasan Rakyat Sabah (PN-BN-PBS) bahkan berlaku beberapa pertindihan kerusi sesama parti sekutu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat