PRN Sabah: Ketua Bahagian PBS Keluar Parti, Umum Sertai STAR

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Seorang ketua bahagian PBS keluar parti dan menyertai komponen Perikatan Nasional, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), selepas calon pilihannya bagi DUN Paginatan diketepikan.

Ketua PBS Paginatan Othman Minuddin dikatakan tidak berpuas hati selepas calon diusulkannya iaitu timbalan ketua bahagian Juis Konsuling, diketepikan bagi kerusi itu.

Parti itu, yang berdepan STAR, BN dan Upko, antara lain, dalam pertembungan 9 penjuru untuk merebut kerusi berkenaan, sebaliknya memilih ahli majlis tertinggi, Arthur Sen.

STAR juga bertembung kerusi dengan PBS dalam kawasan lain, termasuk Moyog dan Tambunan, selain menempatkan calon bebas di Bengkoka, Tandek, Matunggong dan Api-Api.

Gambar Othman menyertai STAR dimuat naik ke akaun Facebook milik calon parti bagi kerusi itu, Abidin Madingkir, semalam.

Menurut Naib Ketua PBS Paginatan Faustian Thomas, mereka percaya Othman, bekas ahli majlis tertinggi itu, keluar parti kerana hasratnya tidak dipenuhi.

“Kami percaya dia kecewa apabila ahli majlis tertinggi, Arthur Sen, yang dipilih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun mendakwa Othman dan beberapa ahli lain berhijrah ke STAR, tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat bahagian dipengerusikan Othman bulan lalu.

“Dalam mesyuarat itu, Othman menekankan bahagian berminat meletakkan calon dalam pilihan raya dan akan menyokong sebarang keputusan dibuat oleh kepemimpinan tertinggi parti, berhubung calon yang dipilih,” katanya.

Sebelum pilihan raya negeri, Othman melobi kerusi itu diberi kepada PBS dan menggesa STAR memberi laluan kepada partinya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat