“Jika ini harga yang perlu dibayar pertahankan maruah negara, saya akan lawan” – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh memaklumkan dipanggil polis untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur malam ini terkait himpunan mempertahankan Jalur Gemilang.

Bagaimanapun beliau menegaskan tidak sedikit pun gentar malah akan terus lawan habis-habisan.

“Saya telah dihubungi oleh pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk hadir memberikan keterangan pada malam ini (15 Ogos 2025) jam 11 malam di IPD Dang Wangi Kuala Lumpur.

“Jika ini harga yang perlu saya bayar untuk pertahankan maruah negara ini,saya rela dan akan lawan habis-habisan.

“Untuk takut kepada puak-puak mereka,tidak sama sekali!

“No fear, no surrender! tegas Akmal.

Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengarahkan sayap Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap kejadian semalam di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah (criminal intimidation), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (sengaja mengeluarkan kenyataan mengaibkan dengan niat membangkitkan kekacauan), Seksyen 505 Kanun Keseksaan (mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam).

“Laporan polis juga akan dibuat di bawah seksyen-seksyen baharu untuk menangani buli iaitu Seksyen 507B Kanun Keseksaan (menyebabkan mangsa mengalami gangguan, distres, ketakutan atau kebimbangan) dan 507C Kanun Keseksaan (mengeluarkan kata-kata yang berkemungkinan menyebabkan mangsa terganggu, distres, takut atau bimbang),” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat