“Menteri Pendidikan ajak murid sekolah sambut hari jadi PM, ketika orang tengah sedih, marah” – KJ

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin menyelar kegagalan tindakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam menanggapi kes kematian pelajar tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir di Sabah.

Kata bekas Menteri Kesihatan itu, Fadhlina dinilai gagal menguruskan naratif dan fakta sehingga mengundang kepada krisis komunikasi sekali gus membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Menteri Pendidikan itu.

Khairy membidas tindakan Fadhlina seperti video yang tular katanya, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang dilihat di sebuah sekolah pada masa siasatan kematian Zara Qairina dijalankan.

“Saya tahulah dia takkanlah dia tak boleh buat buat kerja lain tapi read the room dia ada di satu dewan sekolah, dia ajak semua murid dalam sekolah tu untuk melaungkan ‘Happy Birthday PMX, We Love You PMX’ come on lah orang tengah sedih, orang tengah marah.

“You are the person in the spotlight -kamu pergi mengundang kemarahan tambahan buat apa? so saya tak faham apa yang dia fikir.

“(Sebab itu) saya rasa banyak kemarahan dituju kepada Menteri Pendidikanlah. Saya rasa kalau ada contoh krisis komunikasi yang tak patut anda buat ini case study yang sangat utamalah dia tak cepat, dia tak manage the narrative, dia tak sampaikan fakta- sama ada orang percaya fakta ke tidak itu kedua, tetapi sekurang-kurangnya cepat keluarkan fakta, cepat respond kepada maklumat -kalau tak betul cakap tak betul.

“Fadhlina sepatutnya berada di tempat kejadian dengan lebih cepat, dengan lebih prominent hava a proper pc. Juga tindakan untuk menempatkan pengetua dan sebagainya patut dibuat immediately -sebab dah tahu there was a failure somewhere anak murid meninggal under your watch is a failure- no matter how you look at it,” tegur Khairy dalam audio siar Keluar Sekejap pada Jumaat.

Tambah beliau lagi, sama ada pengetua tu kata “saya tak ada kat situ ke apa benda ke -the controls were not in place”.

“Untuk memastikan perkara ini dapat dielakkan.

“Jadi, kena ada consequences yang cepat tak dibuat, lepas tu ada tindakan yang tak ada kaitan dengan perkara ini- yang mana juga adalah kegagalan krisis komunikasi,” ujar Khairy lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat