Kerajaan tak goyah Rafizi, Nik Nazmi letak jawatan – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yakin Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad akan terus menabur bakti serta memainkan peranan aktif di Dewan Rakyat demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara, meskipun tidak lagi berada dalam Kabinet.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pengunduran Rafizi dan Nik Nazmi daripada jawatan menteri adalah keputusan peribadi yang dibuat berlandaskan prinsip masing-masing dan kerajaan menghormati pilihan itu.

“Kerajaan menghormati keputusan ini dan pada masa sama menzahirkan keyakinan kedua-dua Yang Berhormat akan terus menabur bakti serta memainkan peranan aktif sebagai Ahli Parlimen demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) mengenai dakwaan Kerajaan Madani goyah selepas dua ahli PKR meletak jawatan menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Shahidan turut mempersoal keputusan peletakan jawatan yang didakwanya menimbulkan persepsi kerajaan goyah serta kerelevanan istilah ‘Kerajaan Perpaduan’ untuk terus diguna pakai.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Madani kekal kukuh dengan dukungan padu semua parti komponen yang membentuk kerajaan ketika ini.

“Kerjasama erat dan semangat saling menghormati dalam kalangan parti-parti ini menjadi asas kepada kesinambungan pentadbiran negara dan pelaksanaan agenda reformasi,” katanya memetik BH, pada Jumaat.

Pada 28 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi yang masing-masing Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa mengumumkan peletakan jawatan Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat 17 Jun dan 4 Julai.

Keputusan diambil kedua-dua pemimpin PKR itu berikutan kekalahan mereka mempertahan jawatan masing-masing sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti Mei lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat