SRC: Prosiding rayuan terakhir Najib bermula hari ini.

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Hari ini bermulanya prosiding rayuan terakhir terhadap sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

Lapor BH, Peguam utama Najib yang baru dilantik, Hisyam Teh Poh Teik, tiba di Istana Kehakiman Putrajaya bersama dua peguam lain pada jam 7.57 pagi bagi memulakan prosiding rayuan terakhir.

Ketika disapa oleh pihak media mengenai perasaannya pagi ini, Hisyam menjawab ringkas: “Excellent (baik)”.

Najib menukar pasukan peguamnya 21 hari sebelum rayuan dengan melantik Hisyam sebagai peguam utamanya, manakala Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners’ (ZIST) rakan kongsi Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam sebagai menjadi peguam cara barunya untuk rayuan itu.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan bekas Perdana Menteri itu terhadap sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Ia adalah rayuan terakhir Najib selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun ke atas Ahli Parlimen Pekan itu serta denda RM210 juta yang dikenakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai 2020.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapan di Twitternya berdoa agar Najib diberikan keadilan di Mahkmah Persekutuan.

“Semoga pasukan pembelaan beliau akan melakukan yang terbaik.

“Diharap mereka cukup masa. Bersama kita mendoakan.

“Diberitakan beliau akan memberi 94 alasan mengapa dua mahkamah telah terkhilaf dlm membuat keputusan,” kata Ahli Parlimen Pontian itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat