Garis Masa Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia – Teguh Bersama

- Advertisement -

OLEH: Zulaikha Zulkifli

Pada 21 Ogos ini, genaplah setahun pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkonsepkan Keluarga Malaysia.

Bagi meraikan setahun pemerintahan ahli parlimen Bera itu, Suara.TV menyelusuri peristiwa penting sepanjang setahun beliau menjadi perdana menteri bermula pada hari mengangkat sumpah.

Berikut merupakan garis masa inspirasi setahun Keluarga Malaysia.

Ogos 2021

  • Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
  • Memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia ketika menyampaikan ucapan pertama sebagai Perdana menteri.
  • Membuat pengumuman senarai barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’ iaitu pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.
  • Meluluskan peruntukan sebanyak RM75 juta untuk bencana banjir di Merbok dan Yan Kedah.
May be an image of 6 people, people standing and indoor
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

September 2021

  • Mengumumkan peruntukan sebanyak RM400 bilion ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)
  • Peruntukan sebanyak RM2.82 bilion diberi untuk pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat Keluarga Malaysia Fasa 3 dan Rayuan BPR.
  • Berucap di Perhimpunan Agung PBB Ke-76.
  • Melancarkan Rumah Ikram Keluarga Malaysia untuk keluarga yang kehilangan dan kekurangan pendapatan atau kehilangan pekerjaan.
  • PM umum bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 bagi membantu lebih 1 juta peniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro.
  • PM umum peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM18,241,250 dari Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) kepada negeri Sabah.
  • Menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.

Oktober 2021

  • Memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan yang memberi manfaat kepada lebih 9.6 juta penerima. Peruntukan juga dinaikan sebanyak RM8.2 bilion berbanding RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
  • Bajet 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.  Semasa melakukan pembentangan, pelbagai insiatif baru dan peningkatan peruntukan diumumkan.
  • Kerajaan memperuntukan sebanyak RM332.1 bilion untuk Bajet 2022. Ia merupakan bajet yang tertinggi dalam tempoh tiga tahun. Bajet 2022 juga berlandaskan tiga paksi iaitu memperkukuhkan pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.
  • Dalam Bajet 2022, sebanyak RM450 juta diperuntukan bagi inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dan diskaun 15% diberikan bagi pelajar yang ingin membayar balik pinjaman PTPTN.
  • Sebanyak RM6.6 bilion diperuntukan bagi pemerkasaan bidang TVET dan RM200 juta tambahan diberikan untuk program usaha sama dengan industri termasuk Skim Latihan Dua Nasional dan Program Pensijilan Industri.
  • Industri pertanian menerima peruntukan sebanyak RM1.7 bilion untuk pemberian subsidi dan insentif perikanan dan pertanian.
  • Sebanyak RM4.8 bilion diperuntukkan untuk penyediaan 600,000 peluang pekerjaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia bagi membantu golongan B40.
  • Melalui Bajet 2022, sebanyak RM700 juta diberi melalui JENDELA bagi ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 630 buah sekolah terutama di luar bandar.
  • Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa mengutamakan pendidikan sebagai segmen terpenting perbelanjaan negara. Oleh itu, sejumlah RM52.6 bilion diberi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia manakala Kementerian Pengajian Tinggi pula menerima peruntukan sebanyak RM14.5 bilion.
  • Dalam Bajet 2022, Kerajaan memperuntukan RM100 juta untuk Pusat Latihan Berdikari serta Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan milik kerajaan bagi memberi bimbingan dan program latihan kepada golongan OKU.
  • Atas inisiatif demi kesejahteraan golongan OKU, semua rangkaian TV termasuk saluran swasta akan menyediakan jurubahasa isyarat agar golongan OKU turut mendapat akses mengenai berita semasa dan informasi terkini.
  • Sebanyak RM30 juta juga diperuntukan bagi menaik taraf infrastruktur bangunan kerajaan agar mesra OKU dan RM10 juta kepada Majlis Sukan Negara bagi meningkatkan program latihan atlet OKU dan melaksanakan liga sukan OKU.
  • Dalam Bajet 2022 yang dibentangkan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM145 juta, bagi memperkasa sosio ekonomi komuniti India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India dan dana pembiayaan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh Tekun Nasional.
  • Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi kerjakerja pembaikan penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pelaksanaan aktiviti komuniti dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat dan penduduk setempat.
  • Yayasan Keluarga Malaysia dilancarkan sebagai manifestasi kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia terhadap anak-anak yang terkesan pandemik Covid-19.

November 2021

  • Membuat pengumuman November sebagai Bulan Keluarga Malaysia.
  • Memperkenalkan Pas Keluarga Malaysia bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
  • Merasmikan Merdeka 118 yang merupakan menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa. Merdeka 118 menjadi menara tertinggi di Malaysia serta Asia Tenggara dengan ketinggian 678.9 meter.
  • PM mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dan bertemu Perdana Menteri Singapura, Mr Lee Hsien Loong dan turut merasmikan pembukaan Vaccinated Travel Lane (VTL-Land) di Pusat Pemeriksaan Woodlands.
  • PM melancarkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 yang bertujuan memahami makna perpaduan dalam skop yang lebih luas dan inklusif dengan menjadikan Rukun Negara sebagai teras utama.
  • Mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-13 yang dihoskan oleh Kemboja selaku Pengerusi ASEM.
  • Menteri Kabinet mengemukakan pencapaian atau “report card” Kementerian yang diterajui mereka dalam tempoh 100 hari bersempena dengan Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).
  • Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dilancarkan di seluruh negara yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada 15.4 juta orang penduduk negara terutama kepada golongan B40 dan masyarakat luar bandar.
  • Menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Puan Yang Terutama Gina Raimond bagi membincangkan kolaborasi yang berpotensi untuk dikembangkan, serta peluang-peluang baharu untuk manfaat perdagangan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
  • Mengetuai delegasi Malaysia di mesyuarat pemimpin ekonomi Apec 2021
  • Mengadakan lawatan rasmi pertama ke Indonesia selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden republik berkenaan.
  • Menerima kunjungan hormat daripada PYT Elizabeth Truss, Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK. Kunjungan itu sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.
  • Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin (PPVN) serta Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) dilancarkan dalam usaha menjadikan negara sebagai antara hab pengeluar vaksin dan meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan vaksin.

Disember 2021

  • Mengambil inisiatif membatalkan majlis sambutan Tahun Baru dan digantikan dengan Majlis Solat Hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022 di Masjid Putra, Putrajaya.
  • Meluluskan bantuan berjumlah RM1.4 bilion bagi meringankan beban mangsa banjir di 11 buah negeri. Bantuan berkenaan turut diberi dalam bentuk baucar, rebat dan inisiatif daripada badan-badan lain seperti BSN, TNB, NADMA dan sebagainya.
  • Memperuntukkan dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir melalui Agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM34 juta kepada 34,000 ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana banjir.
  • Bersama-sama mangsa banjir di Hulu Langat dan Puchong bagi melihat sendiri keadaan yang menimpa rakyat ekoran bencana banjir besar yang melanda di beberapa buah negeri.
  • Mempengerusi Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara bagi menyelaras bantuan dan maklumat terkini berkaitan bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri.
  • Bantuan pasca banjir sebanyak RM50 juta disalurkan terus kepada dua negeri iaitu Pahang dan Selangor yang terjejas teruk akibat bencana berkenaan.
  • Sumbangan melalui Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi waris yang kehilangan anggota keluarga dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000
  • Membuat lawatan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pahang bagi bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di negeri berkenaan.
  • Mengarahkan semua agensi yang terlibat dengan bencana banjir melakukan sidang media harian Op Banjir bagi memberi maklumat terkini situasi semasa bencana banjir di seluruh negara.
  • Mengadakan lawatan ke Bera bagi meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan berkenaan yang teruk dilanda banjir.
  • Mengarahkan kerja-kerja pembaikan jalan raya yang rosak akibat tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu dengan kadar segera agar akses jalan raya di antara Seremban-Jelebu dapat digunakan oleh orang ramai.
  • Bagi meringankan lagi beban rakyat, kerajaan umum peminjam B50 ke bawah dapat menikmati manfaat bantuan bayaran balik pinjaman untuk dua tahun lagi di bawah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS).
  • Menerima kunjungan hormat daripada PYT Dr Merve Safa Kavakçı, Duta Besar Turki ke Malaysia.
  • Menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, TYT Antony Blinken bersama delegasi bagi membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
  • Usul Pindaan Perlembagaan berkenaan definisi negeri-negeri dalam Persekutuan yang melibatkan Sabah dan Sarawak berkaitan MA63 telah mendapat kelulusan sebulat suara penyokong kerajaan dan pembangkang yang hadir dalam Dewan Rakyat.
  • Kerajaan melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia bagi meringankan beban ahli Keluarga Malaysia yang terkesan dengan peningkatan harga barang dan menawarkan pelbagai keperluan asas dengan penjimatan sebanyak 20% ke atas. Jualan Keluarga Malaysia dilaksanakan dua kali sebulan untuk tempoh 3 bulan bermula 4 Disember 2021.
  • Kerajaan memperuntukkan RM262 juta bagi membantu para petani iaitu RM62 juta untuk insentif racun serta RM300 insentif kepada petani. Kerajaan juga meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta tanpa faedah dan moratorium selama 6 bulan kepada para petani.
  • Menghadiri Malam Wartawan Malaysia 2021 bagi menghargai para wartawan yang menjadi sebahagian daripada petugas barisan hadapan sewaktu pandemik.
  • Melakukan tinjauah harga barang di Myfarm Outlet Kasih, Putrajaya untuk melihat sendiri harga barangan yang dijual ekoran rintihan ahli Keluarga Malaysia berkaitan kenaikan harga barang.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan Bantuan Wang Ihsan BWI kepada mangsa banjir

Januari 2022

  • Mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Malakanan bagi berbincang isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.
  • Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik lebih 9 juta pengguna domestik serta bersetuju meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta.
  • Mengadakan pertemuan bersama warga Jabatan Perdana Menteri.
  • Bertemu mangsa-mangsa banjir dari Kg Guai, Kg Charuk Puting dan Kg Batu Bor serta bertanya khabar keadaan mereka dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.
  • Perdana Menteri umum, kerajaan beri bantuan tunai untuk baiki rumah mangsa yang terkesan akibat banjir. Sebanyak RM5000 untuk kerosakan tidak serius. Bagi kerosakan yang teruk, kerajaan akan melantik kontraktor untuk setiap rumah dan kerajaan akan berbelanja sehingga RM15,000 untuk meringankan beban mangsa banjir. Bagi rumah yang hanyut atau rosak teruk dan tidak boleh dibaiki, kerajaan akan bina baru dengan kos RM56,000.

Februari 2022

  • Melancarkan Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia bernilai RM40 bilion. Ia merupakan program yang merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti terutama bagi Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan sektor informal.
  • Melancarkan program Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang menyasarkan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan RM4.8 bilion.
  • Mengadakan lawatan rasmi atas undangan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-O-Cha.
  • Mengadakan lawatan rasmi sulung ke Kemboja.
  • Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang bersetuju membangunkan Pelan Hala Tuju Robotik Negara (NRR) dalam usaha mengarusperdanakan penggunaan teknologi robotik
  • Mengadakan lawatan rasmi ke Brunei Darussalam.
  • Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang bermatlamat satu keluarga, satu rumah dengan strategi penyediaan dan pelaksanaan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Mac 2022

  • Kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
  • Menghadiri World Government Summit 2022 atau Persidangan Kerajaan Dunia yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
  • Mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Qatar.
  • Mengumumkan Skim Insurans Keluarga Malaysia bagi memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin tegar.
  • Mengumumkan Program Meningkatkan Taraf Hidup Golongan B40 dalam masyarakat pertanian iaitu Agromakanan dan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) untuk manfaat pesawah.
  • Program Duta Komuniti Keluaga Malaysia berkonsepkan sukarelawan turut diumumkan agar ia dilaksanakan bagi membudayakan kawalan kendiri sepanjang fasa peralihan ke endemik.
  • Menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Ong Ye Kung dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur, Tuan Yang Terutama Vanu Gopala Menon bagi membincangkan tentang pembukaan semula sempadan negara.
  • PM umum kerajaan bersetuju memperuntukkan RM5 juta untuk penubuhan Pusat Bantuan Guaman Syarie bagi membantu kos guaman kes nafkah isteri teraniaya bagi memastikan setiap ibu dan bekas isteri mendapat peluang dan keadilan yang sama.
  • Melancarkan Pengkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) dengan Fasa 1 mengandungi 167 program melibatkan 17 kementerian/agensi serta menyimpan 13.7 juta data profil individu penerima manfaat sehingga tahun 2020.
  • Mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam.
  • Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan dan akan berkuatkuasa pada 1 Mei 2022 di seluruh negara.
  • PM umum pelaburan baharu sebanyak RM32 bilion bagi membangunkan Automotive High-Technology Valley (AHTV) Di Proton City, Tanjung Malim, Perak.
  • Menerima kunjungan hormat TYT Sameh Hassan Shoukry, Menteri Luar Mesir.
  • Bertemu dan meraikan mantan Perdana Menteri Jepun yang juga Utusan Khas Perdana Menteri negara itu, Shinzo Abe.
  • Mengadakan pertemuan dengan tokoh bahasa bagi memperhebatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa diplomasi.
  • Mengumumkan solat jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat bukan Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
  • Membuat pengumuman sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April 2022 dan had waktu operasi di premis perniagaan dimansuhkan.
  • Mempengerusi mesyuarat Majlis Pekerjaan (NEC) kali pertama tahun 2022 untuk membincangkan program dan inisiatif yang telah dan bakal dilaksanakan bagi mencipta peluang pekerjaan Keluarga Malaysia.
  • Menyantuni mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan dan menyampaikan Bantuan Wang Ihsan serta barang keperluan kepada mangsa banjir.

May be an image of 1 person and text that says "品團團! យលីព 正 MINISTER oTaUAKA MALAYSIA Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 ,O00 Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri 华装館乳乳影花金膜 MAAYEIA"

April 2022

  • Kerajaan memberikan tol percuma dan diskaun kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya. Ia melibatkan 30 lebuh raya dengan jumlah diskaun sebanyak RM77.11 juta.
  • Mengadakan majlis berbuka puasa bersama warga media di Seri Perdana serta memberikan sumbangan Hari Raya kepada warga media yang terjejas kehidupan akibat penyakit kronik dan sebagainya.
  • Mengadakan majlis berbuka puasa bersama warga Bera.
  • Kabinet bersetuju membentuk Jawatan Kuasa Kabinet Melindungi Kumpulan Rentan seperti kanak-kanak, OKU, warga emas serta wanita yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
  • Melancarkan HIJRAH24, suatu pelan transformasi strategik Tabung Haji 20222024 yang merangkumi 24 inisiatif strategik bagi mencapai aspirasi Tabung Haji.
  • Menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada beberapa kawasan luar bandar termasuk perkampungan orang Asli serta felda-felda di Parlimen Bera.
  • Menghantar juadah bersahur kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM), anggota polis di IPD Bera dan Balai Bomba Bera dalam program Singgah Sahur Parlimen Bera.
  • Kerajaan memperuntukan sebanyak RM300 juta bagi program ePemula yang dijangka memanfaatkan 2 juta beliau di seluruh negara.
  • Mengadakan majlis berbuka puasa Jemaah Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri bersama duta-duta asing.
  • Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentangkan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti diadakan dan undi sebulat suara telah diperolehi dengan sokongan semua ahli parlimen tanpa mengira parti.
  • Mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri 2022 sebanyak RM500 diberi kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM250 bantuan khas kepada pesara kerajaan.
  • Mengadakan majlis berbuka puasa bersama semua ahli dewan rakyat dan ahli dewan negara yang mengumpulkan semua wakil rakyat tanpa mengira parti politik.
  • Kerajaan setuju untuk menstrukturkan semula empat syarikat konsesi lebuh raya sekitar Lembah Klang dan tiada kenaikan kadar tol sehingga tamat konsesi.

Mei 2022

  • Mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam sektor ekonomi yang melibatkan pelaburn Jepun ke Malaysia.
  • Memberi sokongan cadangan Perdana Menteri Jepun untuk menubuhkan “Asia Zero Emissions Community” bagi menjadikan Malaysia sebagai negara “Net Zero Carbon Emmissions” pada tahun 2050.
  • Menyampaikan ucaptama di Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo.
  • Mempercepatkan mesyuarat Kabinet bagi membincangkan isu bekalan bahan mentah termasuk ayam dan peningkatan harga barangan kos sara hidup.
  • Mengarahkan pemberhentian eksport 3.6 juta ayam selama sebulan dan memansuhkan Approved Permit (AP) ayam termasuk ayam bulat dan keratan ayam bertujuan meningkatkan peluang pembabitan pengimport menyediakan lebih banyak sumber bekalan.
  • Menetapkan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta mengikut Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM).
  • Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah (JKKMAR) dan mencapai keputusan untuk membangunkan Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance) bagi mengembalikan keyakinan orang awam terhadap institusi kerajaan.
  • Bagi menunjukkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan tadbir urus dan integriti melawan rasuah, Kerajaan bersetuju supaya kajian lebih mendalam dilakukan agar wujudnya pengasingan kuasa pendakwa raya dan peguam negara.
  • Kerajaan memansuhkan kelulusan kuota import (AP) bahan makanan berkuat kuasa serta merta bagi menjamin keselamatan makanan negara.
  • Kerajaan memansuhkan kelulusan kuota import (AP) bahan makanan berkuat kuasa serta merta bagi menjamin keselamatan makanan negara.
  • Mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.
  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2022 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5 peratus mengatasi jangkaan kebanyakan penganalisis ekonomi.
  • Pelaburan langsung asing (FDI) juga meningkat tiga kali ganda kepada RM24.4 bilion berbanding RM8.5 bilion pada suku pertama tahun 2021.
  • Kadar pengangguran menurun kepada 4.1 peratus pada suku pertama 2022 kepada 671.2 ribu orang. Ia terendah sejak suku kedua tahun 2020.
  • Indeks Sentimen Pengguna keluaran Malaysia Institute of Economic Research (MIER) turut meningkat kepada 108.9 mata pada suku pertama tahun 2022 berbanding 97.2 mata pada suku keempat 2021.
  • Indeks Keyakinan Ketua Eksekutif yang diterbitkan bersama Vistage dan MIER mencatat 122.1 mata pada suku pertama tahun 2022, paras tertinggi sejak pandemik COVID-19.
  • Mengadakan lawatan kerja ke London dan berkunjung ke pameran Tenun Pahang: Weaving Hope serta bertemu Keluarga Malaysia di London
May be an image of 1 person and standing
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap di Persidangan Nikkei ke-27 mengenai ‘Masa Depan Asia’.

Jun 2022

  • Menerima kunjungan TYT Sheikh Dr. Muhammad Abdulkarim Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia (MWL) dan dimaklumkan bahawa Malaysia merupakan negara contoh kepada masyarakat dunia kerana berjaya membentuk perpaduan antara kaum.
  • Kabinet bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia. Ia bertujuan bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.
  • Mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dan mesyuarat bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri dan daerah bagi memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti MMakanan Negara 2021-2025 sinergi dengan kerajaan Persekutuan.
  • Diberi penghormatan berucap bersama pemimpin-pemimpin Brazil, Russia, India, China dan Africa Selatan (BRICS) dan 12 ketua negara secara atas talian di Dialog Peringkat Tertinggi Mengenai Pembangunan Global.
  • Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di semenanjung Malaysia dengan subsidi sebanyak RM5.8 bilion meskipun berlaku peningkatan kos bahan api dan kos penjanaan lain.
  • Kerajaan memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan demi menjaga kepentingan Keluara Malaysia.
  • Memberi perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL, MRT, LRT, BRT dan monorel serta bas Rapid KL selama sebulan.
  • Dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan harga siling bergerak yang berubah kepada faktor harga input.
  • Kabinet bersetuju dengan pemansuhan hukuman mati mandatori dan hukuman gantian dikenakan mengikut budi bicara mahkamah.

Julai 2022

  • Kerajaan bersetuju menubuhkan unit #MyMUDAH di semua kementerian dan agensi persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan urusan perniagaan di seluruh negara.
  • Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) berkenaan peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti diluluskan di Dewan Rakyat dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.
  • Graduan ijazah sarjana muda kelas pertama yang bergraduasi pada tahun 2019 tidak perlu membayar semula PTPTN.
  • Malaysia negara pertama di Asia menjadi tuan rumah kepada Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 yang mampu menjana lebih RM300 bilion nilai eksport dan menjadi platform terbaik penggiat industri agrikomoditi tempatan.
  • Dana berjumlah RM100 juta diberi kepada UDA bagi membangunkan pusat komersial dan membantu usahawan bumiputera mendapatkan ruang perniagaan.
  • Berikutan penyeludupan minyak masak paket, Kerajaan mengarahkan penguatkuasa KPDNHEP, pihak polis dan tentera melakukan pengawalan agar minyak masak paket tidak diseludup ke negara lain.
  • Berdasarkan intervensi kerajaan, bekalan ayam dapat distabilkan dan harga dikurangkan malah kerajaan juga telah memberikan subsidi RM1.1 bilion untuk mengawal harga ayam dan telur.
  • Komitmen kerajaan dalam membantu Keluarga Malaysia menangani kenaikan kos sara hidup terbukti apabila subsidi sebanyak RM77 bilion diberikan dan mungkin akan ditambah berbanding peruntukan asal sebanyak RM31 bilion pada tahun 2020.
  • Kerajaan memperkenalkan dua inisiatif Keluarga Malaysia iaitu Pemilihan Perumahan Keluarga Malaysia atau I-MILIKI bagi memberi insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringat atau tier rumah.
  • Perdana Menteri meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan aktiviti sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang berikutan peningkatan kos bahan binaan. Kerajaan juga akan mengembalikan semula Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi memastikan projek dapat disiapkan tepat pada masanya.
  • Perdana Menteri melancarkan Rangka Tindakan (Blueprint) Perumahan 3.0 MINDEF (BP3.0) iaitu projek perumahan jangka panjang Kementerian Pertahanan.
  • Melakukan lawatan kerja ke Turkiye dan Perdana Menteri menyambut baik tawaran Presiden Turkiey TYT Recep Tayyip Erdogan untuk bekerjasama dalam pembangunan vaksin COVID-19 Turkovac buatan Turkiye. Selain itu, Memorandum Persefahaman (MoU) dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan Turkiye turut dilakukan bagi memperkukuh hubungan dua hala.
  • Mengarahkan bantuan awal kepada mangsa banjir di Baling, Kedah diberikan iaitu Bantuan Wang Ihsan RM1,000, Bantuan Barang Keperluan Asas RM2,500, Bantuan Barangan Elektrik RM500 dan pembaikan rumah serta RM10,000 kepada waris-waris mangsa yang terkorban dalam bencana berkenaan.
  • Kerajaan memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di restoran-restoran koperasi dan kafetaria di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mana-mana premis penjualan makanan.
  • Melancarkan Malaysia Digital (PEMANGKIN) bagi menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital.
  • Mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) dan memutuskan untuk melaksanakan operasi pengauditan dan pemulihan minyak masak paket.
  • Kerajaan bersetuju Koperasi Rakyat BR 2.0 Malaysia Berhad sebagai sebuah entiti koperasi yang baharu ditubuhkan.
  • Perdana Menteri umum peruntukan khusus RM10 juta kepada KUSKOP bagi membiayai penganjuran aktiviti-aktiviti kolaborasi strategik bersama persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti penganjuran pameran dan ekspo.
  • Melancarkan program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com yang memberi kemudahan pembaharuan polisi insurans kenderaan dan cukai jalan melalui Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com secara tanpa faedah atau sifar peratus.
May be an image of 2 people and people standing
Perdana Menteri. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Melakukan lawatan kerja ke Turkiye dan Perdana Menteri menyambut baik tawaran Presiden Turkiey TYT Recep Tayyip Erdogan untuk bekerjasama dalam pembangunan vaksin COVID-19 Turkovac buatan Turkiye. Selain itu, Memorandum Persefahaman (MoU) dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan Turkiye turut dilakukan bagi memperkukuh hubungan dua hala.

Ogos 2022

  • Menerima kunjungan TYT Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, Timbalan Perdana Menteri Qatar yang juga Menteri Luar. Perdana Menteri mengucapkan penghargaan atas sumbangan USD50 juta melalui Dana Qatar untuk Pembangunan (QFFD) bagi kebajikan pelarian Rohingya di Malaysia, terutamanya dalam bidang kesihatan dan pendidikan.
  • Perdana Menteri arah siasatan telus isu Littoral Combat Ship (LCS) disegerakan.
  • Dewan Negara lulus Rang Undang-undang (RUU) berkaitan peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dengan mendapat sokongan majoriti dua pertiga.
  • Perdana Menteri menyaksikan Permeteraian Perjanjian Usahasama (JVA) antara FGV Holdings, Baladna Food Industries dan TOUCH Group Holdings Sdn Bhd (TOUCH) untuk membangunkan ladang lembu tenusu di Chuping, Perlis dan juga di Pahang.
  • Mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet bagi melindungi golongan rentan dan mesyuarat bersetuju untuk meningkatkan pendaftaran pusat jagaan sedia ada, menggandakan tindakan penguatkuasaan ke atas pusat jagaan dan menyemak semula Akta Pusat Jagaan 1993 serta PeraturanPeraturan Pusat Jagaan 1994. Selain itu, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 pula akan dikuatkuasakan sebagai persediaan kepada unjuran Malaysia mencapai status Negara Tua menjelang 2030.
  • Menerima kunjungan delegasi dari Amerika Syarikat yang diketuai oleh Speaker Dewan Perwakilan negara itu, Nancy Pelosi.
  • Kerajaan umum dana sebanyak RM1 juta kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bagi menghargai sumbangan yang diberikan anak-anak silat serta membantu PESAKA mengembangkan seni silat di persada dunia.

-SUARATV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat