Kertas Putih Kesihatan mesti kebal – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kertas Putih Kesihatan harus ‘kebal’ dan akan terus bertahan walaupun parti mana yang menjadi kerajaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Kertas Putih Kesihatan perlu menjadi penyataan hasrat bersama semua pihak untuk memastikan sistem kesihatan di Malaysia lebih mapan dan berdaya tahan melalui pemikiran kerajaan dan masyarakat.

Menurut beliau, pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak 2020 memperlihatkan betapa perlunya pembaharuan dalam penjagaan kesihatan, yang mana kesihatan, kewangan dan hubungan sosial saling bergantung dengan begitu ketara, yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Justeru katanya, walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) berunding dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi membangunkan Kertas Putih Kesihatan, pihaknya juga perlu memastikan rancangan pembaharuan itu ‘kebal’ dan akan terus bertahan walaupun parti mana yang menjadi kerajaan.

“Usaha yang ditetapkan ini harus terus diperkukuh, namun kita memerlukan pembaharuan sistemik mengenai cara penjagaan kesihatan disampaikan, dibiayai dan ditadbir.

“Bagi menjamin perubahan jangka panjang ini, Kertas Putih Kesihatan akan memberi tumpuan kepada pembaharuan yang paling asas untuk menangani cabaran sistemik dan struktur utama yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan, bukan penyakit tertentu atau individu kumpulan demografi.

“Justeru, sokongan bipartisan untuk pembaharuan yang dicadangkan dalam Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan saya berharap kita semua akan memainkan peranan dalam menyokong pembentangannya di Parlimen pada akhir tahun ini,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 dengan tema “Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan” di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat