KOOP SAHABAT sasar pembukaan lima cawangan Klinik Sahabat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KOOP SAHABAT) mensasarkan pulangan pendapatan sebanyak RM6.5juta menerusi pembukaan lima cawangan Klinik Sahabat di bawah kendalian anak syarikatnya, Sahabat Ikhtiar Healthcare Sdn Bhd (SIHSB) menjelang hujung 2023.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar berkata, kemampuan KOOP SAHABAT menceburi bidang kesihatan membuktikan koperasi tidak lagi terikat dalam satu sektor perniagaan seperti peruncitan sahaja.

“Koperasi diharapkan dapat menceburi pelbagai bidang hingga ke peringkat antarabangsa sekaligus bersaing dengan sektor swasta dalam pelbagai sektor perniagaan dan perkhidmatan agar dapat memanfaatkan semua lapisan masyarakat termasuk ahlinya.

“KOOP SAHABAT mengambil dan menyusun langkah strategik perniagaan lebih baik dengan mengambil satu langkah ke hadapan apabila menceburi perkhidmatan kesihatan dengan membuka Klinik Sahabat dan dapat beri manfaat kepada masyarakat,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga bakal mencadangkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menjadikan Klinik Sahabat sebagai panel.

“Selain itu, bagi ahli koperasi KOOP SAHABAT dan koperasi yang datang mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Sahabat ini juga akan mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Cawangan Pertama Klinik Sahabat yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor dan Pengarah Sahabat Amanah Ikhtiar Healthcare Sdn Bhd, Dr Mohamed Ibrahim Nagoor Gany.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Koop Sahabat Mohd Najib berkata, sasaran tersebut dibuat dengan mengambil kira sambutan menggalakkan dengan pembukaan cawangan pertama Klinik Sahabat di Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur.

“Pembukaan lima cawangan Klinik Sahabat meliputi kawasan di Lembah Klang dan Borneo seperti Petaling Jaya, Semenyih, Kajang, Kota Kinabalu, Sabah serta Miri, Sarawak.

“KOOP SAHABAT merupakan koperasi pertama yang menerajui perkhidmatan kesihatan melalui pembukaan Klinik Sahabat apabila melihat peluang luas bagi mengembangkan bidang perniagaanya untuk manfaat lebih 481,000 anggota diseluruh negara,” katanya.

Tambahnya, melalui Klinik Sahabat dan perkhidmatan penjagaan kesihatan ini, KOOP SAHABAT berhasrat untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta ruang pendidikan kepada masyarakat yang berminat terutamanya dalam bidang penjagaan kesihatan.

“KOOP SAHABAT bakal memasuki usia 10 tahun penubuhanya pada Ogos ini mempelawa orang ramai dan masyarakat setempat untuk memanfaatkan tawaran sempena pembukaan rasmi cawangan pertama Klinik Sahabat dengan mendapatkan diskaun harga konsultasi untuk sebarang jenis rawatan sehingga hujung bulan ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat