AMK PKR Nafi Sengaja Halang Perwakilan Parti Masuk Dewan

- Advertisement -

SHAH ALAM – Tidak timbul isu perwakilan sengaja dihalang masuk dalam Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda (AMK), seperti yang didakwa beberapa pihak pagi ini, kata Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab.

Beliau berkata, berdasarkan semakan, kumpulan berkenaan tidak menepati dua syarat yang ditetapkan, bagi membolehkan mereka menyertai kongres tahunan itu.

Selain itu, katanya lagi, terdapat juga anggota parti yang mendaftar sebagai pemerhati, namun juga masih tidak dibenarkan masuk kerana kapasiti dewan yang penuh.

“Pertamanya, yang boleh masuk adalah perwakilan, yang tak boleh masuk itu bukan perwakilan. Nak jadi perwakilan dalam AMK kena penuhi dua syarat, pertamanya cabang tu kena buat Mesyuarat Agung tahunan, lepas itu kena hantar laporan bersekali dengan tandatangan untuk sahkan cukup korum.

“Keduanya, cabang itu mesti mengikut proses pemilihan yang sempurna, iaitu setiap cabang kena ada sekurang-kurangnya lapan pencalonan, terdiri daripada ketua, timbalan ketua, naib ketua, dan lima ahli jawatankuasa. Kurang satu, maka cabang itu dikira tidak layak bertanding,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, bagi mengulas insiden kekecohan yang berlaku sewaktu permulaan sesi kongres AMK pagi tadi.

Ahmad Syukri berkata, pihak sekretariat sejak awal lagi mempamerkan senarai 75 cabang, diwakili 675 anggota untuk hadir ke kongres tersebut.

Awal pagi ini, sekumpulan ahli dihalang memasuki kongres tersebut, sehingga berlaku kekecohan dan perang mulut dengan petugas keselamatan.

Bagaimanapun salah seorang daripada kumpulan terbabit menyalahkan kepimpinan cabang yang lama kerana tidak membuat mesyuarat tahunan tersebut, dan akibatnya terpaksa ditanggung oleh kepimpinan yang baharu.

Selain itu portal Malaysiakini melaporkan ahli AMK Kota Raja, Danish Hairudin sebagai berkata, sekatan itu melanggar perlembagaan parti, yang memberi hak kepada pemimpin cabang untuk menghadiri kongres kebangsaan.

Sementara itu, Ketua AMK Cabang Klang, Mohamad Shahrul Adnan berkata, peraturan yang diguna pakai pihak sekretariat untuk menghalang mereka masuk, adalah bercanggah dengan perlembagaan parti sendiri.

“Untuk makluman, perkara 10.3.3 Peraturan Tetap AMK 2014 sendiri telah bercanggah dengan Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat dimana menurut fasal 17.2C menyatakan ..
“Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, tiga orang Naib Ketua Cabang, Ketua Angkatan Muda Cabang dan Ketua Wanita Cabang, dan lima orang wakil yang dipilih sebagai perwakilan di Mesyuarat Agung Cabang,” katanya lagi.

Mohamad Shahrul berkata, Fasal 17.2 telah menjamin hak semua pimpinan teratas di peringkat cabang (G7) yang menang pemilihan parti untuk menjadi perwakilan tanpa syarat wajib perlu diadakan Mesyuarat Agung Cabang pada tahun sebelumnya oleh pimpinan lepas. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat