Serangan Ke Atas Arab Saudi Tidak Wajar – Wisma Putra

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan dron dan peluru berpandu oleh pemberontak Houthi terhadap kerajaan Arab Saudi pada kelmarin.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini berkata, kesinambungan serangan yang sengaja dilakukan itu memperlihatkan provokasi oleh Houthi.

“Tindakan berkenaan akan memudaratkan keamanan dan kestabilan di wilayah terbabit,” kata kenyataan itu.
Malaysia mengulangi seruan agar semua pihak bekerja secara konstruktif dalam usaha menghentikan permusuhan dan penyelesaian konflik melalui dialog serta diplomasi.

Semalam media antarabangsa melaporkan pasukan pertahanan udara Arab Saudi memintas dua peluru berpandu dan enam dron yang ditembak oleh puak pemberontak Houthi pada malam Ahad.

Jurucakap Gabungan Arab, Kolonel Turki Al-Maliki yang menyokong pemerintah sah Yaman mendakwa puak berkenaan melepaskan peluru berpandu dan dron ke arah sasaran awam di Arab Saudi.

Namun senjata berkenaan dapat dipintas dan dimusnahkan sebelum mencapai sasaran.-HM

Topik Hangat

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Berita Berkaitan

Lawatan Rasmi Hishammuddin Ke Brunei Atas Undangan Sultan Hassanal Bolkiah

CYBERJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Brunei Darussalam bermula semalam hingga hari ini. Kementerian Luar dalam...

ASEAN Perlu Lebih Proaktif Bantu Pulih Keadaan Di Myanmar – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - ASEAN perlu memainkan peranan yang lebih proaktif bagi menyumbang ke arah pemulihan Myanmar agar kembali ke situasi normal, kata Menteri Luar...

Wanita Mengandung Perlu Dapatkan Nasihat Doktor Untuk Terima Vaksin Covid – Dr Adham Baba

PUTRAJAYA - Wanita mengandung boleh menerima suntikan vaksin COVID-19 namun perlu mendapatkan nasihat doktor serta pakar masing-masing bagi mengetahui risiko daripada proses vaksinasi, kata...