Pertama Di Malaysia, FAMA Jual Durian Secara ‘Online’ Mulai Hari Ini Curi Perhatian Netizen

- Advertisement -

Raja buah iaitu durian merupakan antara buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Setiap kali musim durian, pasti rakyat Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk nikmati ia.

Kali ini, FAMA tampil dengan kelainan apabila akan menjual durian secara dalam talian di Shopee. Anda tidak perlu lagi ke kedai-kedai tepi jalan dan bersesak-sesak untuk dapatkan durian anda.

Difahamkan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan platform e-dagang, Shopee telah bekerjasama untuk pasarkan durian secara dalam talian atau ‘Durian E-Fiesta’ bermula hari ini 15 Julai sehingga 19 Julai 2020.

414149c63b886d89018738a486a3cbaf

Anda boleh memilih pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, kampung dan sebagainya menerusi pembelian dalam talian yang pertama di Malaysia itu.

Bagi memastikan kesegaran buah durian, kempen ini hanya terhad di Lembah Klang sahaja dan penghantaran akan dilakukan pada keesokkan hari selepas tempahan dilakukan.

Buat anda yang berminat, anda boleh beli di sini dan boleh dapatkan Musang King berharga RM10 di ‘shocking sale’. Penjualan tersebut telah mencuri perhatian netizen dan rata-rata netizen mampu berlawak dengan mengatakan mungkin akan menerima tempoyak jika membeli secara dalam talian.

1

2

Malah, ada juga seperti tidak percaya kini durian dijual dalam talian dan mengatakan mungkin durian akan dikebas sebelum sampai ke rumah mereka. Adakah anda teruja untuk membeli durian secara dalam talian?

THE VOCKET

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat