Guru Maut Terjatuh Tingkat Satu Ketika Buat Persiapan Buka Sekolah

Kerajaan Lubnan Bubar selepas Perdana Menteri Letak Jawatan

LUBNAN: Kerajaan Lubnan meletakkan jawatan ketika Perdana Menteri Hassan Diab menyalahkan endemik korupsi sebagai punca letupan dahsyat minggu lalu yang melanda ibu negara tersebut....

Teori Peminat Manchester United Tentang Rambut Baru Pogba

PEMINAT Manchester United berpendapat Paul Pogba akan menandatangani kontrak baru di kelab itu setelah dia menunjukkan potongan rambut yang tidak begitu baru. Hari Ahad...

Donald Trump Diiring Keluar Ditengah-Tengah Sidang Media

WASHINGTON: Presiden Donald Trump sedang memberikan sidang media hariannya apabila anggota perkhidmatan rahsia terpaksa mengiringinya keluar. Tidak berapa lama selepas itu Trumph muncul semula dan...

Bagaimana Keluarga Kamu Boleh Kaya Raya, soal TMJ Pada Cucu Mahathir

Cyberjaya - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas cucu kepada Tun Dr Mahathir yang mempersoalkan harta milik Kesultanan Johor. Tunku Ismail ketika membalas...

Lelaki Maut Selepas Terjun Tingkat Lima Bangunan Mahkamah P.Pinang

GEORGE TOWN - Seorang lelaki Orang Kena Tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah di sini untuk pendakwaan ditemui mati selepas disyaki terjun dari tingkat...

TANAH MERAH – Seorang guru lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu bangunan sekolahnya, di sini, semalam ketika melakukan persiapan akhir sebelum pembukaan semula sekolah.

Rosli Abdul Aziz, 54, yang mengajar mata pelajaran Matematik di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah sejak 17 tahun lalu, disahkan maut akibat parah pada kepala.

Berdasarkan maklumat, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa melakukan pemeriksaan bersama beberapa guru lain di kawasan balkoni terbabit, bagi memastikan setiap sinki yang dipasang di dalam kelas berfungsi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, berkata mangsa dikatakan memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang, sebelum memijak kerusi plastik dan tergelincir.

“Mangsa terjatuh pada ketinggian kira-kira tiga meter dan parah pada kepala terkena bahagian longkang.

“Mangsa yang mempunyai lima anak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat,” katanya mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Zainuddin berkata, ketika kejadian mangsa berada bersama dua rakannya di balkoni berkenaan, manakala beberapa guru lain berada di dalam kelas itu.

“Kejadian disaksikan beberapa guru dan kami dimaklumkan semua guru ke sekolah untuk melakukan persediaan sempena pembukaan sekolah esok (hari ini),” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Bagaimana Keluarga Kamu Boleh Kaya Raya, soal TMJ Pada Cucu Mahathir

Cyberjaya - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas cucu kepada Tun Dr Mahathir yang mempersoalkan harta milik Kesultanan Johor. Tunku Ismail ketika membalas...

Lelaki Maut Selepas Terjun Tingkat Lima Bangunan Mahkamah P.Pinang

GEORGE TOWN - Seorang lelaki Orang Kena Tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah di sini untuk pendakwaan ditemui mati selepas disyaki terjun dari tingkat...

Datuk Ayob Beri Amaran Tindakan Tegas Jika Anggota Polis Bocor Maklumat

JOHOR BAHRU - Semua anggota dan pegawai polis Kontinjen Johor diingatkan supaya tidak sesekali membocorkan maklumat yang disalurkan orang awam. Sebaliknya anggota dan pegawai perlu...