Lima Jangkitan Covid-19 Direkodkan Hari Ini – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 8,734 kes.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, setakat jam 12 tengah hari Rabu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 86 kes.

“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Ingin dimaklumkan daripada lima (5) kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan bukan warganegara Malaysia yang dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.

“Daripada empat (4) kes penularan di dalam negara, satu (1) kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan bergejala di Kuching, Sarawak. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan. Tiga (3) kes lagi adalah di kalangan warganegara Malaysia,” jelas kenyataan tersebut.

Tiga kes yang melibatkan warga Malaysia yang dikesan membabitkan satu kes saringan pra-pembedahan di Hospital Sungai Buloh, satu kes saringan petugas kesihatan di sebuah pusat perubatan dan satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8,732).

Sehingga kini terdapat lima kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Terdapat satu kes yang memerlukan bantuan pernafasan manakala tiada pertambahan kes kematian dilaporkan setakat hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Terdapat dua (2) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,526 kes (97.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Situasi banjir

Sementara itu, KKM juga menyarankan agar langkah-langkah pencegahan COVID-19 di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang terlibat dengan situasi banjir seluruh negara perlu diamalkan dan diberi perhatian oleh semua penghuni dan agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan kebajikan mangsa.

Jelas Noor Hisham, ia berikutan keadaan penghuni yang ramai di PPS boleh membawa risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan mangsa dan petugas.

Penghuni dan petugas juga dinasihatkan supaya mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S iaitu kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat sepanjang masa di PPS.

KKM telah membangunkan panduan pencegahan dan pengurusan COVID-19 di PPS bermula daripada proses pemindahan mangsa ke pusat-pusat ini sehingga ke proses selepas tamat penempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat