Amalkan Senaman Bagi Meningkatkan Kecergasan -Agung-

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan meluang masa melakukan aktiviti senaman dan berlari mengelilingi kawasan Istana Negara bagi mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kesihatan. Turut sama para pegawai dan kakitangan serta anggota keselamatan Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah yang pernah menjalani latihan di Royal Military Academy Sandhurst di United Kingdom dari tahun 1978 hingga 1979, amat menitik beratkan kecergasan anggota-anggota keselamatan, pegawai dan kakitangan Istana Negara.

“Baginda menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa melakukan aktiviti senaman bagi meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri, lebih-lebih lagi negara pada ketika ini masih memerangi wabak COVID-19.

Foto: Facebook Rasmi Istana Negara

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat