Kejohanan PUBG Squad Up

- Advertisement -

IGN Asia Tenggara dengan usahasama YouTube mengumumkan penganjuran sulung kejohanan permainan mudah alih, PUBG-Squad Up dan menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM20,000.

Pendaftaran untuk kejohanan berkenaan sudah dibuka dan pasukan yang berminat boleh turut serta dalam kejohanan berkenaan menerusi pautan IGN Asia Tenggara.

Pusingan kelayakan akan berlangsung selama dua minggu awal dan tidak akan disiarkan secara langsung menerusi platform penstriman. Pusingan kelayakan terbuka ini bertindak sebagai pra promosi untuk kejohanan sebenar.

Pasukan yang memperoleh kedudukan lapan terbaik dalam pusingan kelayakan terbuka akan beraksi di pentas akhir. Kejohanan itu turut menjemput lapan pasukan jemputan Bapak Ah, Resurgence, Bigetron, GeekFam, Last Survivor R2K, Dingoz, Evos VIP dan Westar Xpert.

Pusingan akhir akan berlangsung pada 8 dan 9 Ogos ini dan disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi YouTube Media Prima. Pasukan yang berjaya memenangi pusingan berkenaan akan membawa pulang wang tunai RM8,000 dan dinobatkan sebagai johan pertama dalam kejohanan eSukan YouTube dan IGN Asia Tenggara.

Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital, Nicholas Sagau berkata, pihaknya sangat teruja kerana menjalinkan kerjasama dengan YouTube dan IGN dalam kejohanan eSukan di Asia Tenggara.

HM

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat