Dua bintang K-pop, iKON terlibat kemalangan

- Advertisement -

SEOUL – Dua anggota kumpulan K-pop, iKON cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam nahas jalan raya, menurut polis Selasa.

Van yang membawa Ju-ne dan Jinhwan terbabit dalam nahas jalan raya di Namhae, wilayah Gyeongsang Selatan, pada 3.40 pagi Isnin, lapor agensi berita Yonhap.

Kenderaan itu dipandu kenalan mereka dan hasil siasatan mendapati pemandu berkenaan mabuk.

YG Entertainment, syarikat pengurusan iKON, mengeluarkan permohonan maaf dan berikrar akan menyiasat nahas itu.

iKON memulakan karier mereka pada 2015 dengan single digital “My Type” dan popular dengan lagu “Love Scenario”, album kedua “Return” diterbitkan pada awal 2018. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat