Menanti peneman hidup

- Advertisement -

SELEPAS lebih enam tahun bergelar ibu tunggal, Erra Fazira yang popular dengan jolokan Primadona Malaysia tidak pernah menutup hatinya untuk diketuk jodoh terbaik.

Hakikatnya, dia sentiasa menitipkan impian itu dalam doanya.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 46, mengakui dia terlalu berhati-hati dalam soal jodoh ketika ini. Dia perlu mencari lelaki yang benar-benar berjaya mengetuk pintu hatinya.

Itu sebenarnya yang membuatkan dia lambat bertemu jodoh tepat walaupun ada keinginan untuk kembali berumah tangga.

Menurut Erra, dia teringin menghabiskan masa tuanya nanti dengan berteman.

“Saya tak pernah menutup hati saya. Hal berkasih ini tidak boleh dihalang. Jika kita sukakan seseorang itu, teruskan. Agaknya mungkin pengalaman menjadikan saya lebih berhati-hati.

“Bukan tiada orang yang berminat atau merisik, tapi saya saja yang mungkin susah nak percaya atau terima, macam itulah. Ia makan masa. Siapa yang tak nak? Kalau ada alhamdulillah, kalau tak ada, nganga!

“Antara dalam doa saya selalu ada doa semoga terbuka jodoh yang baik bermakna saya berhasrat untuk berjodoh lagi. Lama-kelamaan anak saya akan membesar, usia saya pun meningkat, saya nak buat apa, kita nak peneman,” katanya pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Faith Fleur selepas dipilih sebagai duta produk berkenaan selama dua tahun.

ERRA tak pernah tutup pintu hati sentiasa titip doa dipertemukan jodoh terbaik.
ERRA tak pernah tutup pintu hati sentiasa titip doa dipertemukan jodoh terbaik.

Bagaimanapun, Erra mengakui seru untuk berbuat demikian belum dia temui.

Sibuk menjaga anak tunggalnya hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas suami, Engku Emran iaitu Engku Aleesya atau Aleesya, 11, dia enggan kecundang lagi dalam rumah tangga.

“Saya memang nak kalau ada seru untuk mendirikan rumah tangga. Cuma nak pergi itu, saya agak mungkin berhati-hati sikit. Katakanlah ada calon, saya takkan terus kata okay, suruh kahwin sebab saya pun nak kahwin, takkan nak terus redah.

“Saya mesti nak pastikan dulu sebab usia saya pun sudah meningkat dan ini kali ketiga saya nak kahwin. Ia buat saya jadi lebih berhati-hati, lebih lambat proses itu nak berlaku,” katanya.

Berkongsi mengenai kriteria lelaki yang ingin dijadikan pasangan hidup, Erra mengakui dia tidak mahu lagi menetapkan ciri tertentu pada bakal jodohnya.

Baginya dia mengambil banyak pengajaran daripada dua perkahwinan terdahulu untuk dijadikan panduan.

Namun, dia semestinya mengimpikan untuk dipertemukan dengan lelaki yang mampu membimbingnya dunia akhirat.

Dia tidak kisah siapa, sama ada orang dalam industri seni mahupun orang luar industri seni.

“Sekarang saya dalam proses mencari lelaki yang ciri-cirinya mengejar seiring dunia dan akhirat. Maknanya, ada masa kita kerja, kerja betul-betul. Ada masa, bawa mengaji bersama atau buat ibadah bersama. Saya lebih ke arah itu.

“Saya ambil pengajaran tidak menetapkan untuk bertemu jodoh orang seni atau orang luar industri. Sebelum ini, saya sentiasa nak dengan orang luar, tapi dipertemukan jodoh dengan orang dalam bidang sama juga,” katanya.

Dalam pada itu, Erra juga mengakui kerap diajukan soalan oleh Aleesya berkenaan soal adik baharu. Bagaimanapun, puteri kesayangannya itu pada masa sama tidak mahu dirinya berkahwin semula.

TERINGIN buat single baharu.
TERINGIN buat single baharu.

“Aleesya nak adik, tapi tak nak saya kahwin. Kadang-kadang adalah saya beritahu ada lelaki nak ajak kahwin, terus dia kemurungan, sedih. Satu hari dia tak ada ‘mood’. Sebab baginya, kena kahwinkah? Dia takut sayang berbelah bahagi macam itulah.

“Tapi, bila bercakap pasal adik, dia cakap bila dia nak dapat adik?,” katanya.

Apapun, dia mengakui perhatiannya sekarang banyak diberikan kepada Aleesya dan berharap anaknya membesar dengan akhlak terpuji.

Baginya, itu keutamaan terbesar saat ini di samping menanti jodohnya tiba pula.

“Keutamaan sekarang memang sudah berubah. Keutamaan saya adalah untuk besarkan anak, bagi jaminan masa depannya. Yang pasal jodoh, biarlah dia jalan sendiri,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan kariernya pula, Erra mengatakan jadual seninya memang akan terus rancak sehingga hujung tahun.

Dia juga berhasrat untuk tampil dengan single baharu selepas kali terakhir hasilkan lagu pada tahun lalu.

“Saya masih mengacarakan Mingguan Wanita, masih berlakon Gerak Khas, kalau ada masa, saya sedang mengatur jadual saya untuk terbabit dengan beberapa telemovie. Untuk single, berhasrat tapi tengah menunggu lagu sesuai.

“Kalau dapat lagu sesuai, bila-bila masa saja saya sedia. Lagu terakhir nyanyian saya iaitu Menangkah Cinta pun alhamdulillah, satu percubaan yang berjaya untuk saya yang sudah lama tidak menyanyi. Kali ini saya sudah sedia untuk hasilkan single seterusnya,” katanya.

HM

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat