Muhyiddin Tawar TPM Kepada Saya – Shafie Apdal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Warisan, Dato Seri Shafie Apdal mendakwa bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menawarkan kepadanya untuk menyertai kabinet Perikatan Nasional sebagai timbalannya.

Perkara itu disampaikan oleh Shafie dalam wawancaranya bersama portal Malaysiakini yang disiarkan hari ini.

Dalam laporan tersebut, Shafie dalam nada bergurau menyuruh mwdia bertanyakam sendiri kepada Muhyiddin berkenaan tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri itu kepada.

“Haha. Cuba anda tanya kepada beliau,” katanya sebagai dipetik.

Shafie juga turut mendakwa Muhyiddin ada dengannya untuk mendapatkan sokongan Warisan supaya dapat memperkuat PN.

Beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu,” tambah Shafie.

Tambahnya, Muhyiddin telah menghubunginya kira-kira dua minggu setelah PN berkuasa, mencadangkan pertemuan antara mereka.

“Ketika itu beliau sudah memegang jawatan tersebut (PM), beberapa minggu saya fikir, beliau menghantar SMS kepada saya. Beliau mengatakan bahawa ini adalah masa yang tepat untuk kami bercakap,” katanya.

“Itu beberapa waktu yang lalu. Ini melalui pesanan teks,” jelasnya

Walau bagaimanapun, Shafie berkata beliau lebih berminat untuk membincangkan isu antara kerajaan dengan kerajaan, antara Sabah dan persekutuan, daripada bercakap soal bergabung dengan PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat