Seorang Gay Dalam Setiap Pasukan Bola Sepak

- Advertisement -

PENYERANG Watford, Troy Deeney percaya kemungkinan terdapat sekurang-kurangnya seorang pemain gay dalam setiap pasukan bola sepak.

Deeney mengesyaki pemain gay bimbang dengan pemeriksaan yang akan dilakukan sekiranya mereka mendedahkan kecenderungan seks ketika masih bermain.

Bercakap di podcast BBC Grouded bersama Louis Theroux, Deeney, memberitahu : “Saya mahu apa yang saya katakan ini direkodkan di mana mungkin ada seorang gay dalam setiap pasukan bola sepak.

“Mereka ada di situ, 100 peratus ada di situ.

“Saya fikir mereka yang gay atau daripada komuniti itu pastinya bimbang untuk memikul tanggungjawab menjadi yang pertama membuat pengakuan.

“Namun, sekiranya ada seorang mula mengaku, yang lain pasti akan ikut.

“Jika dia mengaku dan mengatakannya, saya percaya dalam tempoh seminggu 100 lagi gay akan mengaku.

“Mereka hanya tidak mahu menjadi yang pertama mengaku,” katanya.

Bekas penyerang Norwich dan Nottingham Forest, Justin Fashanu yang mengaku dirinya gay pada 1990.

Fashanu meninggal dunia pada 1998 kekal menjadi satu-satunya pemain bola sepak lelaki gay dalam sejarah bola sepak Britain.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat