41 Jangkitan Baru Covid, 32 Kes Libatkan Pekerja Asing dan PATI

Pendakwah Selebriti Guna Gelaran Da’i Perangkap Mangsa Seksual – Polis

KUALA LUMPUR - Seorang selebriti televisyen muda yang ditahan kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan pada mangsa dipercayai menggunakan pengaruhnya sebagai pendakwah...

Warisan Gesa Tukar Ketua Pembangkang, Tak Puas Hati Kepimpinan Anwar

KUALA LUMPUR - Tiba masanya blok pembangkang di Dewan Rakyat mencari individu baharu bagi mengetuai blok tersebut untuk menjadi lebih kuat. Ketua Whip Parti Warisan...

Bursa Malaysia Melonjak 39.55 Mata Hari Ini

KUALA LUMPUR - Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang...

1,552 Pesakit Covid-19 Pulih, 1,467 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka selepas melaporkan sebanyak 1,472 kes dengan kes tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 891. Angka kes...

Johor Catat 68 Kes Baru Covid-19

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan 68 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi untuk minggu ini. Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, daerah Batu...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 41 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengahari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 8,494 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 973 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Ingin dimaklumkan daripada 41 kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 38 kes penularan di dalam negara, 32 kes adalah bukan warganegara manakala enam kes adalah dalam kalangan warganegara,” katanya dalam sidang media perkembangan harian jangkitan semasa Covid-19 hari ini.

Tambah Noor Hisham, hari ini sebanyak 54 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,400 kes (87.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Menurutnya, bagi kes jangkitan dalam negara, sebanyak 32 kes dalam kalangan bukan warganegara adalah satu kes saringan tempat kerja oleh majikan iaitu sebuah syarikat mengendalikan pekerja pembersihan di Kuala Lumpur dan 31 kes di Negeri Sembilan.

Katanya, mengikut pecahan di Negeri Sembilan, sebanyak 14 kes di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson di mana kes-kes adalah merupakan Orang Kena Tahan (OKT) yang dipindahkan ke sana daripada Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil;15 kes Kluster Pedas dan dua kes Kluster Syarikat Pembersihan.

Perincian kes penularan Covid-19 dalam kalangan warganegara Malaysia melibatkan enam orang pula adalah dua kes di Selangor satu kes Acute Respiratory Infection (ARI) di sebuah pusat jagaan warga emas di Kuala Selangor yang telah dikesan di Hospital Tanjung Karang.

Satu kes kontak rapat kepada kes positif Covid-19 (kes ke-8294); dua kes di Melaka iaitu satu kes kontak rapat kepada kes positif (kes 7, 817) dan satu kes saringan sekolah atau madrasah tahfiz.

Di Negeri Sembilan, satu kes saringan madrasah atau sekolah Tahfiz; di Sabah satu kes kontak rapat kepada kes kematian ke-119 (iaitu kes ke-8,403).

“Sehingga kini, sebanyak empat kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini sekaligus menyaksikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 121 kes,” tegasnya lagi.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Pendakwah Selebriti Guna Gelaran Da’i Perangkap Mangsa Seksual – Polis

KUALA LUMPUR - Seorang selebriti televisyen muda yang ditahan kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan pada mangsa dipercayai menggunakan pengaruhnya sebagai pendakwah...

Warisan Gesa Tukar Ketua Pembangkang, Tak Puas Hati Kepimpinan Anwar

KUALA LUMPUR - Tiba masanya blok pembangkang di Dewan Rakyat mencari individu baharu bagi mengetuai blok tersebut untuk menjadi lebih kuat. Ketua Whip Parti Warisan...

Bursa Malaysia Melonjak 39.55 Mata Hari Ini

KUALA LUMPUR - Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang...