Dosa dan musibah dibawa Jho terlalu besar, tidak patut dimaafkan, pertimbangan pengampunan – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerosakan serta musibah yang dibawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low kepada Malaysia terlalu besar sehingga tidak wajar diberikan sebarang pertimbangan untuk dimaafkan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jho Low tidak sepatutnya diberi sebarang pengampunan atau kelonggaran susulan skandal besar yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya senada dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani bahawa Jho Low tidak patut dimaafkan dan tidak patut diberi sebarang pertimbangan pengampunan kerana dosa dan musibah yang dia telah bawa kepada negara kita ini terlalu besar.

“Mereka tidak sepatutnya memberi pengampunan atau kelonggaran walaupun melibatkan individu seperti Jho Low. Dia kena balik dan berdepan, dibawa ke mahkamah untuk diadili. Itu yang sepatutnya berlaku,” katanya menurut Utusan.

Terdahulu, Jho Low yang menjadi dalang utama dalam skandal berbilion dolar melibatkan dana 1MDB tidak wajar diberi pengampunan.

Perkara itu ditegaskan Johari merangkap Pe­nge­rusi Pasukan Petugas 1MDB, susulan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa Jho Low sedang memohon pe­ngampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Pasukan petugas 1MDB yang di­terajui Johari ditubuhkan bagi mendapatkan semula dana dan aset berkaitan di seluruh dunia.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat