Pasir Mas, Tumpat Dikenal Pasti Lokasi Panas Seludup Manusia – Polis Kelantan

- Advertisement -

PASIR MAS – Polis Kelantan mendedahkan daerah Pasir Mas dan Tumpat dikenalpasti sebagai lokasi panas laluan penyeludupan manusia.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perairan Sungai Golok di sepanjang dua daerah itu mempunyai banyak pangkalan haram menjadi lokasi kegiatan penyeludupan manusia.

“Kedudukan rumah yang rapat di tebing Sungai Golok diikuti dengan ladang-ladang menjadi lokasi pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi.

“PATI kebiasaanya akan berkumpul di ladang sebelum menunggu tekong darat mengambil mereka. Ada juga yang keluar dari kawasan ladang dengan menaiki e-hailing,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pasir Mas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, kebanyakan PATI yang masuk ke negara ini berasal dari Myanmar dan India.

Katanya, bagaimanapun dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, kes penyeludupan manusia di sempadan Malaysia-Thailand berkurangan selepas polis menjalankan kawalan ketat di kawasan terbabit.

“Kebiasaannya, tekong darat membawa mereka menaiki van dan bergerak dalam kumpulan yang besar, tetapi kali ini hanya tiga atau empat orang sahaja yang ditahan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Polis Kelantan sudah berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri untuk menambah aset dan logistik bagi mengukuhkan kawalan sempadan.

Katanya, ia termasuk menambah unit kereta peronda (MPV) dan kamera litar tertutup (CCTV). – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat