Mahathir Gelar Anwar “Mat Retorik”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “mat retorik”.

Beliau berkata demikian dalam konteks isu pengisytiharan harta membabitkan Anwar dan dirinya sendiri.

“Datuk Seri Anwar kata dia telah isytihar harta. Saya juga telah isytihar harta beberapa kali semasa jadi Perdana Menteri dan ini juga pengetahuan umum.

“Saya juga tidak ada masalah isytihar harta kerana tidak ada apa yang perlu saya sorok.

“Setakat cakap di atas pentas politik tanpa ada bukti ini siapa pun boleh buat. Mereka ini digelar “mat retorik”, bidas Mahathir dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, apa yang menjadi masalah ialah Anwar telah beberapa kali tuduh beliau salah guna kedudukan semasa saya jadi Perdana Menteri untuk kayakan diri sendiri dan keluarganya.

“Saya juga dituduh memiliki wang berbilion ringgit, kapal terbang dan kapal. Kononnya semua orang tahu.

“Saya kata tunjuk bukti saya salah guna kuasa untuk kayakan diri dan keluarga dan kalau tidak saya akan ambil tindakan mahkamah.

“Saya telah ambil tindakan mahkamah dan sehingga hari ini dia tidak pernah tunjuk bukti selain ke sana ke mari buat tuduhan terhadap saya,” ujar Mahathir.

Sebaliknya, Anwar minta beliau tunjuk bukti harta yang dimilikinya.

“Dia yang tuduh saya dan dia minta saya pula tunjuk bukti.

“Maka saya ulang sekali lagi, tunjuklah bukti yang saya salah guna kuasa untuk kayakan diri saya dan keluarga,” tegas Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat