Pahang Sejahtera Bawah Wan Rosdy

- Advertisement -

OLEH: YB Fadzli Mohamad Kamal

Hari ni genaplah 5 tahun yang menakjubkan bagi usia pentadbiran YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail selaku Menteri Besar Pahang ke-14.

Syabas dan tahniah kepada YAB Menteri Besar, yang amat mesra di kalangan rakyat dengan gelaran Tok Wan ini.

Saya berkhidmat di bawah pentadbiran Tok Wan sejak 2019 dan menyaksikan sendiri betapa pantasnya Pahang dipacu pembangunan demi pembangunan secara sistematik di setiap wilayahnya, yang mempunyai keutamaan pembangunan yang berbeza-beza.

Satu demi satu pencapaian cemerlang Kerajaan Negeri Pahang menepati penanda aras yang membanggakan. Hasil negeri menanjak dari RM847 juta (tahun 2019) kepada RM1.28 bilion pada tahun 2022, iaitu sejarah baharu buat negeri ini.

Pelaburan masuk ke negeri Pahang turut meningkat berkali ganda daripada RM6.7 bilion (2020) kepada RM20.56 bilion (2022). Sumbangan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri turut mengalami penambahan daripada RM12 juta (2019) kepada RM60 juta (2022).

Satu pencapaian yang amat meyakinkan sejajar dengan peningkatan hasil, adalah pengurangan drastik hutang Kerajaan Negeri daripada setinggi RM3.31 bilion pada tahun 2018 kepada serendah RM952 juta pada tahun lalu.

Penambahan hasil, peningkatan pelaburan dan pengurangan hutang ini memberikan impak segera kepada rakyat. 1001 iniastif kebajikan dan bantuan rakyat disalurkan menerusi Bantuan Prihatin Pahang termasuklah inisiatif khas untuk bayi, pelajar, anak muda, pasangan baru berkahwin, wanita, OKU, Orang Asli, warga emas, bantuan khas penjawat awam; bantuan rumah percuma dan macam-macam lagi.

Berkenaan program Rumah Rakyat Pahang (RRP), ianya adalah pemberian rumah percuma kepada rakyat miskin tegar yang tersenarai dalam senarai e-kasih serta tidak memiliki rumah, atau rumah yang dimiliki terlalu uzur. RRP dilaksanakan sejak 2020 dan program ini terus berjalan sampai ke hari ini. Pada tahun 2020 sebanyak 98 buah rumah telah berjaya dibina dan diserahkan kepada rakyat yang paling memerlukan. Pada 2021 sebanyak 206 buah rumah lagi dibina dan meningkat kepada 269 buah rumah pada tahun 2022. Inisiatif terhebat ini menjadi “buah mulut” di kalangan rakyat kerana menjadikan impian rakyat miskin untuk memiliki rumah sendiri satu kenyataan.

Manakala, penubuhan ORACO (Orang Asli Corporation), yang diberikan geran RM1 juta pada 2022 amat menarik perhatian saya. Inisiatif penubuhan ORACO oleh Tok Wan ini melambangkan keprihatinan beliau kepada masyarakat orang Asli yang mahu diperkasakannya. ORACO bertindak sebagai Pusat Sehenti bagi merancang, mengurus, dan memantau aktiviti ekonomi yang akan dijalankan di atas tanah yang berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat orang Asli.

Sebagai tanda keprihatinan Tok Wan kepada anak muda, pelbagai insentif dan dorongan telah disediakan meliputi peruntukan lesen motosikal sebanyak RM200 setiap seorang; bantuan Food Rider berjumlah RM1 juta melibatkan 5000 orang penerima; menambah geran aktiviti kesukarelaan kepada RM500,000 setahun; menyediakan program dan kursus latihan untuk pembangunan anak muda berjumlah RM1 juta; peruntukan RM50,000 untuk program Pahang Talent dan penerusan program pembiayaan usahawan mikro skim i -PUSH.

Khas untuk kaum wanita pula, Tok Wan melaksanakan Program Anggun Niaga yang memanfaatkan seramai 700 ibu tunggal dengan peruntukan sebanyak RM750,000; pembinaan Pusat Pengembangan Keusahawanan Wanita Pahang di 4 daerah terpilih iaitu Kuantan, Maran, Temerloh dan Lipis; Program Cakna Suri Tambahan dan Saringan HPV DNA melibatkan 6,000 wanita dari dalam kelompok B40 dan M40; Program Pembangunan Keluarga melibatkan 2,000 ibu bapa; Pelaksanaan Dasar Wanita dan Pelan Tindakan Wanita Negeri Pahang 2022-2026; dan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi menangani isu kemiskinan haid.

Tok Wan tidak saja menekankan pencapaian semasa, bahkan memastikan kemapanan pentadbiran negeri dan kemajuan ekonomi untuk jangka panjang diteruskan menerusi penubuhan PahangCorp untuk memudahcara sekaligus memantau pelaburan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.

Terima kasih Tok Wan, Menteri Besar kebanggaan anak-anak Pahang. Moga beliau terus dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT untuk mengurus tadbir negeri ini dengan berkat dorongan, bimbingan serta nasihat daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Pemangku Raja Pahang.

Moga negeri Pahang Darul Makmur terus aman makmur, sentosa dan berkemajuan. Aamiin.

Beliau ialah Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat