Meer Nash kagum semangat ibunya, seorang mualaf cekal membesar mereka sendirian

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pengacara, Meer Nash, 28, bangga dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan terbaik oleh ibunya, Selina Lee Abdullah, 53, yang juga ibu tunggal dan mualaf yang begitu mentaati Islam.

Meer Nash atau nama sebenarnya, Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul ketika ditemui berkata, ibunya adalah lambang wanita cekal, tabah, sabar dan kuat semangat kerana mampu membesarkan tiga anak lelaki bersendirian.

“Saya sangat menyayangi ibu saya dan bangga dengannya kerana contoh yang baik ditunjukkan sebagai mualaf yang kuat imannya.

“Saya pernah ajak emak ke pusat karaoke. Dalam bilik karaoke yang disewa itu, saya minta emak buka tudung sebab bukan ada sesiapa pun kecuali keluarga kami saja.

“Dia kata tak boleh sebab nanti ada pelayan lelaki masuk hantar minuman dan makanan. Selama ini saya tengok emak tak pernah tinggal solat, pergi belajar agama tiap-tiap Sabtu dan dia wanita yang saya sangat hormati serta kagumi dalam hidup ini,” katanya kepada Harian Metro.

Meer berkata, ibu bapanya bercerai ketika dia berusia enam tahun dan sejak itu, ibunya menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa buat dia dan dua adik beradik yang lain.

“Saya membesar tanpa mendapat kasih sayang seorang bapa. Saya bersama abang dan adik juga tidak mendapat kasih sayang penuh daripada emak ketika kami kecil kerana dia (emak) perlu bekerja. Emak saya kena jadi bapa dan ibu serentak. Jadi, kami adik-beradik lebih duduk bersama nenek.

“Habis sekolah, duduk di rumah nenek saya, seorang Cina di Pulau Pinang. Habis kerja, barulah emak akan ambil dari rumah nenek dan kami tiga beradik balik ke rumah menaiki motosikal bersama emak. Jadi, sekarang menjadi impian dan usaha saya untuk balas semua jasa emak,” katanya.

Meer yang baru melancarkan single berjudul Permata sempena sambutan Hari Ibu yang diraikan hari ini berkata, dia bersyukur dapat menampilkan kemunculan ibunya dalam muzik video lagu itu.

Katanya, single Permata yang bergenre balada hasil ciptaan Senna dan Afiq Aiman serta lirik ditulis Senna itu didapati cukup dekat dengan kisah hidupnya bersama ibu tercinta.

Katanya, lagu itu sangat memberi inspirasi dan nilai positif.

Mengenai persaingan di pentas Big Stage musim kelima, Meer berkata, dia akan cuba membuat terbaik memandangkan kesemua peserta bertanding sangat hebat, berbakat dan mempunyai strategi tersendiri.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat