Keputusan KDN Tarik Rayuan Kalimah Allah Mengecewakan – Peguam Syarie

- Advertisement -

Kali

KUALA LUMPUR – Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan sangat kesal, terkilan dan dukacita dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, tindakan itu juga jelas tidak selari dengan hasrat penghakiman kes kalimah Allah terdahulu iaitu dalam kes Titutar Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur.

“Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan hari ini mendapat maklum bahawa pada 18 April 2023 lepas, Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan mereka dalam kes Jill Ireland binti Lawrence Bill iaitu suatu kes di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan penggunaan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain bagi penggunaan orang bukan Islam dalam agama mereka.

“Peguam Kanan Persekutuan dengan tegas setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan keputusan pada 10 Mac 2021 menyatakan Mahkamah telah terkhilaf di dalam membuat keputusan tersebut dan pihak kerajaan merayu terhadap keputusan itu.

“Terdapat juga laporan yang menyatakan beberapa pihak telah mendesak pihak kerajaan menarik balik rayuan tersebut,” kata Zainul Rijal dalam kenyataan pada Isnin.

Tegas beliau, atas tindakan dan arahan Kerajaan ini, penjelasan penuh perlu diberikan berkaitan dengan tindakan ini oleh pihak kerajaan kenapa terdapat perbezaan tindakan yang tidak dimaklumkan kepada masyarakat Islam juga.

“Kami juga memohon penjelasan sama ada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kedah yang telah diberikan hak oleh mahkamah menjadi amicus curae (sahabat mahkamah) dalam kes ini dirujuk sebelum sebarang tindakan diambil oleh kerajaan?

“Di Negeri Selangor umpamanya terdapat undang-undang negeri yang menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu termasuk kalimah Allah yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor dan diperkenan oleh Sultan Selangor.

“Sebagai Ketua Agama Negeri yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa budi bicara sebagai Ketua Agama Negeri di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan penarikan balik secara unilateral ini telah menjejas kuasa Sultan Selangor khususnya,” jelas beliau.

Untuk rekod, pada 10 Mac 2021, Hakim Nor Bee Ariffin yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran namun tertakluk pada syarat-syarat tertentu.

Selain kalimah Allah, tiga lagi perkataan yang boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian ialah `Allah’, `Kaabah’, `Baitullah’ dan `solat’.

Bagaimanapun, penerbitan buku agama atau bahan keagaamaan Kristian yang menggunakan empat perkataan itu perlu disertakan dengan penafian (disclaimer) ‘Hanya untuk penganut Kristian sahaja’ pada kulit buku beserta lambang salib.

Hakim itu memutuskan demikian dalam semakan kehakiman yang difailkan Jill Ireland.

Jill Ireland yang merupakan seorang wanita Melanau memfailkan semakan kehakiman pada 2008 memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah dan relif bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya telah dihalang melalui sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.

Ketika membaca penghakimannya, Hakim Nor Bee menyatakan berdasarkan polisi Kabinet pada 1986, empat perkataan tersebut boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian dengan syarat, di bahagian luar kulit buku-buku berkenaan perlu dituliskan ‘dengan syarat di luar kulit buku-buku itu ditulis untuk agama Kristian sahaja.’

Selain itu, Hakim Nor Bee ketika membaca penghakimannya selama hampir dua jam menyatakan, bahasa Malaysia merupakan bahasa pertuturan utama di Sabah serta Sarawak dan tidak dinafikan bahawa bahasa Malaysia dan kalimah Allah telah digunakan oleh penganut Kristian dalam mengamalkan ajaran mereka.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan cakera padat itu dipulangkan namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon.:

Kredit FOTO: Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat