HAESOO mati mengejut

- Advertisement -

Seoul: Penyanyi trot, HAESOO, disahkan meninggal dunia secara mengejut pada usia 29 tahun.

Pada 13 Mei lalu, polis mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan mayat seorang penyanyi namun, merahsiakan identitinya.

Dalam kenyataan itu, polis turut menemui sepucuk surat ditulis penyanyi berkenaan dan tidak mengesyaki sebarang unsur pembunuhan.

Semalam, YTN memaklumkan HAESOO tidak akan menjayakan sebuah persembahan yang dijadualkan pada 20 Mei ini selepas mati mengejut.

Penyanyi berkenaan mula diperkenal pada 2019 dan berterusan meraih peminat menerusi album solonya berjudul My Life, I Will.

Namanya semakin dikenali selepas pernah membuat kemunculan dalam program termasuk The Trot Show, AM Plaza, dan Gayo Stage.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat