Emak nak timang cucu

- Advertisement -

PELAKON dan pengacara, Qi Razali, 46, mendedahkan Allahyarham bapanya, Muhammad Razali Abdullah paling kecewa kerana tidak dapat melihatnya berkahwin sebelum menutup mata.

Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali berkata, sejak bapanya meninggal dunia pada September tahun lalu, dia lebih terbuka untuk bercinta dan tidak terlalu memilih berbanding sebelum ini.

“Kalau dulu mungkin saya terlalu memilih calon isteri tetapi sekarang tidak lagi. Apa yang penting, wanita itu boleh membahagiakan hidup saya, cukuplah,” katanya kepada Harian Metro.

Qi berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Multimedia dan pelancaran trailer filem lakonannya, War On Terror : KL Anarki, kelmarin.

Mengenai perancangan berkahwin, Qi berkata, dia menyasarkan usia sebelum 50 tahun untuk berumah tangga.

“Usia saya akan mencecah 46 tahun ini. Saya berharap dapat bertemu jodoh dalam tempoh terdekat kerana mahu menunaikan impian emak yang mahu menimang cucu.

“Malah, emak juga pernah cuba mencarikan jodoh untuk saya dengan kenalan keluarga kami sebelum ini tapi saya pula berasa tak serasi,” katanya.

Ditanya sama ada dia serik untuk bercinta dengan golongan selebriti, Qi berkata, dia kini lebih memilih wanita kalangan orang biasa untuk dijadikan calon isteri.

 

QI akui susah bercinta dengan pasangan dalam bidang seni ekoran banyak perkara dan hati perlu dijaga.
QI akui susah bercinta dengan pasangan dalam bidang seni ekoran banyak perkara dan hati perlu dijaga.

 

“Kalau hanya saya saja dalam industri seni lebih mudah untuk kami seimbangkan hubungan kerana susah untuk bercinta dengan pasangan yang sama-sama dalam bidang seni kerana banyak perkara dan hati yang perlu dijaga.

“Ada orang cakap, saya hanya memilih wanita yang cantik saja sedangkan saya mencari seseorang yang kena dengan jiwa dan calon isteri untuk perkahwinan jangka masa panjang,” katanya.

Sebelum ini, Qi pernah menjalin cinta dengan penyanyi terkenal Yuna dan pelakon jelita, Nelydia Senrose tetapi semuanya berakhir dengan perpisahan.

Manakala, hubungannya dengan pengacara, Nia Atasha Rosli, 26, juga tidak kesampaian untuk membawa ke fasa perkahwinan apabila ia juga putus di tengah jalan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat