Muafakat PAS, UMNO Seperti Pinggan Retak Seribu, Tak Boleh Diselamatkan – Mahfuz

- Advertisement -

ALOR SETAR – Keretakan hubungan di antara UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) kini diibaratkan seperti ‘pinggan retak seribu’ selepas hampir tiga tahun.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, hubungan yang dibentuk oleh kedua-dua parti itu dilihat tidak boleh diselamatkan lagi.

“Saya fikir ia bukan retak menanti belah tetapi telah berkecai atau kita kata seperti pinggan sudah retak seribu. Orang tidak pakai kalau pinggan sudah retak seribu.

“Seperti itulah keadaan yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pokok Sena di Medan Selera Hutan Kampung di sini, pada Sabtu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian mengenai situasi semasa hubungan UMNO dan Pas dalam MN yang dilihat seolah-olah akan roboh.

Kata Mahfuz, bagaimanapun Pas masih dilihat seperti terhegeh-hegeh untuk bersama UMNO sedangkan parti tersebut telah menyatakan pendirian secara terbuka bahawa tiada lagi kerjasama antara kedua-duanya.

“Bagi saya, Pas adalah salah sebuah parti tidak boleh dipercayai. Keadaan yang berlaku menunjukkan parti itu tidak boleh dipercayai seperti dalam isu Pas Leaks.

“Seperti disebutkan sebelum ini, saya pernah diarahkan mengeluarkan kenyataan menafikan wujud rundingan Pas, UMNO semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat,” katanya.

Menurut Mahfuz, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) mengesahkan bahawa berlaku perbincangan pada 20 Julai 2008 menyebabkan dia terpaksa memohon maaf kerana menafikan perkara itu.

“Jadi, ini menjadikan Pas sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai dalam persahabatan,” katanya.

Ketika diminta mengulas kenyataan Pas ingin bersama MN dan Perikatan Nasional (PN), Mahfuz mendakwa parti itu cuba mencari seberapa banyak pengaruh untuk kepentingan mereka. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat