India Lakar Sejarah Rangkul Piala Thomas Buat Pertama Kali

- Advertisement -

BANGKOK – India meneruskan ‘kisah dongeng’ mereka pada kejohanan badminton Piala Thomas apabila merangkul kejuaraan pertama dengan melakar kemenangan sensasi 3-0 ke atas juara 14 kali, Indonesia hari ini.

Sudahpun menyingkirkan juara lima kali, Malaysia di suku akhir dan juara 2016, Denmark pada separuh akhir, kemenangan ke atas Indonesia, yang turut selaku penyandang gelaran serta pemenang terbanyak kejohanan melengkapkan sejarah India.

Pemain senior, Kidambi Srikanth muncul wira pasukannya dengan mengesahkan mata kemenangan selepas menumpaskan Jonatan Christie 21-15, 23-21 dalam perseorangan kedua.

Terdahulu, Lakshya Sen memastikan India bermula langkah kanan dengan bangkit daripada ketinggalan sebelum mengejutkan pemain No. 5 dunia, Anthony Sinisuka Ginting 8-21, 21-17, 21-16.

Pasangan No. 8 dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty turut diheret dalam pertarungan sengit, malah kalah di set pembukaan sebelum menumpaskan gandingan Mohammad Ahsan-Kevin Sanjaya Sukamuljo 18-21, 23-21, 21-19 untuk membolehkan India mendahului 2-0.

Srikanth berjaya mengelak daripada beraksi dalam tiga set, namun tetapi diberi tentangan hebat oleh Jonatan sebelum menang dalam pertarungan 48 minit. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat